Friday 18 November 2016

RPH Ting 5 Bab 3


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 3: Kesedaran Tentang Pembinaan Negara dan Bangsa
Bidang Pembelajaran:
(a) Latar belakang pembinaan negara dan bangsa:
·         Pembinaan negara bangsa
·         Ciri-ciri negara dan bangsa
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Mentakrifkan konsep negara dan bangsa (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan ciri-ciri negara dan bangsa (Aras 1)
(3)
Menerangkan latar belakang pembinaan negara Jerman dan Itali (Aras 2)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 64 - 74) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 14
(4)
Gambar lukisan peristiwa pembukaan Melaka oleh Parameswara
(5)
Kad tugasan



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1)
Set Induksi
·         Guru  menayangkan gambar peristiwa pembukaan Kota Melaka oleh Parameswara.
·         Guru menanyakan murid tentang kepentingan gambar tersebut dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.


(2)
Pengenalan
·        Guru menerangkan kepada murid tentang asas pembinaan negara dan bangsa.
·        Guru menjelaskan kepada murid institusi Kesultanan Melayu Melaka adalah model pembentukan negara dan bangsa Malaysia.
·      Buku Teks Sejarah Tg.5,
     hlm. 64 - 74
·      Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 390 - 396

(3)
Latar belakang pembinaan negara dan  bangsa.
·         Guru mengarahkan murid membentuk enam kumpulan berdasarkan undian nombor  kedudukan dalam buku rekod kedatangan murid.
·         Setiap kumpulan diberikan kad tugasan yang telah disediakan oleh guru.
-          Kumpulan 1: Pembinaan negara dan bangsa  (Pembentangan isi dalam bentuk kuiz sejarah).
-          Kumpulan 2: Pembinaan negara bangsa Itali (Pembentangan isi dalam bentuk lakonan – menghasilkan skrip berdasarkan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 68).
-          Kumpulan 3: Pembinaan negara bangsa Jerman (Pembentangan isi dalam bentuk  wawancara tokoh Otto Eduard von Mismarck).
-          Kumpulan 4: Pembinaan negara bangsa Islam Madinah (Menggunakan teknik  sumbang saran setiap ahli kumpulan).
-          Kumpulan 5: Pembinaan negara bangsa Malaysia (Teknik  buku skrap Sejarah pembentukan bangsa Malaysia).
-          Kumpulan 6: Ciri-ciri negara dan bangsa (Menghasilkan pengurusan grafik).

·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing mengikut teknik dalam kad tugasan.
·         Guru membuat rumusan terhadap tajuk pengajaran.
·         Guru memilih beberapa orang murid untuk mengadakan simulasi mentransformasikan konsep negara ke dalam proses pembinaan sebuah kelas cemerlang.

·      Buku Teks Sejarah Tg.5,
     hlm. 64 - 74
·      Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 390 - 396

·      Slaid Paparan 14

Pengurusan grafik:
Ciri-ciri negara dan bangsa.

Simulasi:
Mentranformasikan konsep negara ke dalam proses pembinaan sebuah kelas cemerlang.







(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah          Tg. 5:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 20 -
    23)
·     Praktis B: Soalan 1 - 35 (hlm. 24 -
    26)
·     Praktis C: Soalan 1 - 5 (hlm. 27)




  
Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 3: Kesedaran Tentang Pembinaan Negara dan Bangsa
Bidang Pembelajaran:
(b) Warisan Negeri-negeri Melayu
  • Johor – Undang undang Tubuh Kerajaan Johor
  • Terengganu – Ittqan- ilmuluk bi-ta’dil il-suluk
  • Kelantan – Sistem Jemaah Menteri
  • Negeri Sembilan – Prinsip demokrasi – Konsep persekutuan
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenarai ciri-ciri asas negara dan bangsa pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka (Aras 1)
(2)
Menyatakan ciri-ciri warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam undang-undang Kerajaan Johor dan Terengganu (Aras 1)
(3)
Menyatakan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan (Aras 1)

(4)
Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (Aras 2)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 74 - 90) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gambar Bendera Negeri
(4)
Sajak Melaka
(5)
Peta Minda: Ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka
(6)
Pengurusan grafik: Struktur pentadbiran Negeri Sembilan

(7)
Gunakan Slaid Paparan 14



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar bendera Terengganu, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Negeri Sembilan.
·         Guru meminta murid menamakan bendera tersebut.
·         Guru mengaitkan bendera dengan tajuk pengajaran.




(2)

Pengenalan
·        Guru meminta seorang murid membaca sajak yang bertajuk Genta Purba (sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 79).
·        Guru menerangkan ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka kepada murid.
·        Murid diminta mencipta sebuah sajak yang berkaitan dengan ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka.

·   Buku Teks Sejarah Tg.5,
       hlm. 79
Contoh sajak ciptaan sendiri:

Melaka….
Wilayahmu jauh di persada
Kedaulatan negeri disanjung tinggi
Rajamu raja berdaulat
Lambangmu menjadi ingatan ramai

Melaka…
Rakyatmu rakyat yang setia
Undang-undang Melaka amat dipatuhi
Pantang derhaka kepada raja

Melaka…
Pantaimu penuh riuk piruk
Berbagai bahasa menjadi siulan
Undang-undang Laut Melaka menjadi pedoman

Melaka…
Bendaharamu hebat perkasa
Laksamanamu keris terhunus
Syahbandarmu bijak tak terkira

(3)








































Warisan Negeri-negeri Melayu
·         Guru mengedarkan peta minda ciri-ciri negara dan bangsa pada Kesultanan Melayu Melaka dan meminta murid melengkapkannya.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang ciri-ciri negara bangsa.
·         Guru mengaitkan  Kesultanan Melayu Melaka dengan warisannya yang di teruskan oleh Johor, Perak, dan Pahang.
·         Guru meminta murid secara bergilir-gilir menulis warisan kesultanan Melaka di papan tulis.

·         Guru mengarahkan murid membentuk kumpulan berdasarkan Undang-Undang Tubuh yang dijalankan oleh Johor, Kelantan, Terengganu, dan Negeri Sembilan.
·         Setiap kumpulan membincangkan;
-          Kumpulan Johor: Undang-Undang tubuh Kerajaan Johor.
-          Kumpulan Kelantan: Sistem Jemaah Menteri di Kelantan.
-          Kumpulan Terengganu: Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
-          Kumpulan Negeri Sembilan: Konsep Demokrasi dan Persekutuan Negeri Sembilan.
·         Wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan masing-masing.
·         Kumpulan lain mengemukakan soalan kepada kumpulan yang melaporkan perbincangan.
·         Guru merumuskan hasil perbincangan dan laporan murid.
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik Struktur pentadbiran di Negeri Sembilan dan meminta murid melengkapkannya.
·         Slaid Paparan 14
·         Buku Teks Sejarah Tg.5,
       hlm. 74 - 90
·         Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 396 - 404

Peta minda:
Ciri-ciri negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Johor.






Pengurusan grafik:
Struktur pentadbiran di Negeri Sembilan.

Contoh:










(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah        Tg. 5:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 20 - 23)
·     Praktis B: Soalan 1 - 35 (hlm. 24 - 26)
·     Praktis C: Soalan 1 - 5 (hlm. 27)



No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6