Tuesday 4 July 2017

Nota Tamadun Indus

Tamadun Indus (a) Ciri-ciri bandar terancang Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian, dikelilingi oleh tembok Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil pertanian Bahagian kedua ialah kawasan perumahan Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri danpembinaan Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus danbersambung antara satu sama lain Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungaiyang berfungsi sebagai jalan perhubungan (b) Organisasi Sosial Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang Kelas atasan yang utama ialah pendeta Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan Golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta Sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalirkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan (c) Pengkhususan pekerjaan Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi sepertiperdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luartermasuklah dengan Mesopotamia Dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia Hasil perdagangan yang penting seperti emas, gading gajah, manik, danhasil pertanian Petani menanam barli, kacang dan sebagainya Terdapat juga penduduk yang menjadi artisan dan terlibat dalampembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar (d) Amalan agama Penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaanmembuktikan masyarakat Indus mempunyai amalan agama Penemuan patung proto-Siva – seseorang duduk bersila dengan stailyoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan DewaBrahma.Vishnu dan Siva Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting yang berkaitandengan agama Hindu Mereka juga percaya kepada Tuhan Ibu Dapat dibuktikan dengan penemuan patung wanita. Tuhan Ibudisembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkankesuburan (e) Sistem Tulisan Berbentuk piktograf Tulisan Tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan Sumbangan Tamadun Indus (a) Perancangan Bandar Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa Pemahaman tentang ilmu geografi, kesenian, dan matematik sangatdiperlukan Berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri danpembinaaan Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengantamadun Mesopotamia dan Mesir Purba membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuksegiempat / jalanraya yang lurus Masyarakat Indus berusaha meningkatkan mutu binaan Mereka tidak bergantung pada panas matahari untuk membuat batu batadaripada tanah liat Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan dengan suhu yangtinggi Kecemerlangan perancangan bandar dalam Tamadun Indus merupakangabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklahgeometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata (b) Sifat keterbukaan Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purbamembolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat dari segi pertukaranteknologi Pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6