Thursday 26 October 2017

Kertas 3 SPM 2017 Group 123




1.Maksud / Latar belakang / Konsep : Imperialisme Barat di Asia  Tenggara.     
                                                                                                    (Buku teks T5 mukasurat 3-4)

          Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya . Caranya dengan menjajah negara lain tujuan untuk kepentingan tertentu          . Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi. Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.                                              [4m]

          Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi. Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan antara kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara. Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.                                                                                 [2m]
.                                                                                                                                
          Tujuan awal, imperialisme Barat adalah untuk menguasai  perdagangan rempah sahaja. Namun, apabila Revolusi Perindustrian tercetus di Eropah, persaingan antara kuasa Barat menjadi semakin sengit. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat.                           [3m]
                                                                                              
2. Faktor / Sebab / Mengapa Imperialisme Barat di Asia Tenggara.      
                                                                                                (Buku teks T5 mukasurat 5-7)
         
           Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara kerana kedudukan Asia Tenggara yang strategik. Asia Tenggara terletak di antara China dan India. Keadaan ini telah menarik minat imperialis Barat untuk menguasainya kerana penguasaan tersebut dapat menjamin pasaran yang luas.                                                                                         [2m]

Faktor lain ialah tanahnya yang subur. Asia Tenggara juga kaya dengan bahan mentah. Contohnya Tanah Melayu kaya dengan bijih timah. Indonesia pula kaya dengan bijih timah. Thailand mempunyai sumber bijih timah dan kayu jati. Burma mempunyai sumber kayu jati. Filipina mempunyai sumber tebu dan kelapa.                                        [4m]
                                   
          Faktor seterusnya ialah kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17.Keadaan ini telah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. Impaknya mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten.                                                                                                              [3m]

          Selain itu, mereka memerlukan kawasan pasaran baru. Keadaan ini mendorong perluasan imperialisme yang lebih pesat di Timur, terutamanya di China, India dan Asia Tenggara. China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat.Faktornya kerana berpotensi kedua-dua negara tersebut  dijadikan pasaran yang luas bagi barangan mereka.
                                                      [3m]
                                                                                                                              
          Perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara juga didorong oleh perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang lebih banyak. Malah dapat mempercepatkan perjalanan antara Barat dengan Timur. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dan Timur. Maka dengan ini, menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos.                                                                              [5m]
                                                                                                
         Disamping itu penciptaan telegraf pula telah membawa perubahan terhadap perhubungan antara Barat dengan Timur. Kuasa-kuasa imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. Begitu juga dengan ahli-ahli perniagaan di Barat, mereka dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Selain itu, urusan perniagaan menjadi lebih mudah. Malah perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.                                  [5m]

          Faktor seterusnya ialah persaingan antara kuasa Barat. Semakin luas tanah jajahan mereka, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.                  [2m]

          Faktor terakhir ialah Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun. Ini bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur. Mubaligh Kristian juga berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.                                [4m]


3. Perubahan Sistem Politik Dan Pentadbiran di Asia Tenggara Sebelum Dan Selepas
    Penjajahan Barat.                                                         ( Buku teks T5 mukasurat 8-13)

a) Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat

           Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan. Sistem ini menggantikan sistem pemerintahan beraja. Antara ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara ialah  penubuhan kerajaan pusat. Penubuhan kerajaan pusat adalah hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.                                                                                              [3m]

           Selain itu pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan. Seterusnya pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan). Ciri lain ialah pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro .Ciri terakhir ialah pengenalan undang-undang Barat.                                                                                                                                       [4m]

b) Perubahan Politik di Negara Berikut .......
c) Bandingkan Sistem Pemerintahan Sebelum Dan Selepas Imperialisme di Asia
    Tenggara

 PERUBAHAN PENTADBIRAN DI  FILIPINA- SEPANYOL
                                                                                                   ( buku teks mukasurat 8-9)

          Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay. Barangay diperintah oleh golongan datu. Di selatan kepulauan Filipina pula wujud kerajaan-kerajaan Islam.                                                   [3m]           
          Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat. Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi. Manakala pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan bawah sistem Encomienda (menggabungkan barangay).Sistem ini, diketuai oleh Encomiendero. Tugas encomiendero ialah menjaga keamanan. Selain itu mengutip cukai. Encomiendero juga mengkristiankan penduduk barangay. Penyatuan barangay telah menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional. Malah menyebabkan pengaruh golongan datu merosot.                                                                                                   [6m]

PERUBAHAN PENTADBIRAN DI  INDONESIA – BELANDA
                                                                                                        ( buku teks mukasurat 9)

         Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa beberapa buah kerajaan yang berasingan. Contohnya kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja. Raja dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau bupati (di Jawa).                                                                                                             [5m]        
                                                                                                                            
          Setelah menguasai Indonesia, Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua, iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral. Manakala  pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan. Walau bagaimanapun diletakkan di bawah pengawasan pegawai Belanda.                            [3m]
                                                                                                                                                                                             
PERUBAHAN PENTADBIRAN DI BURMA – BRITAIN  
                                                                                                 ( buku teks mukasurat 10-11)

         Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Struktur pemerintahannya diketuai oleh Raja. Dibantu oleh Hluttaw (Majlis diraja). Wun (Pegawai tinggi kerajaan). Myothugyi (Ketua bandar). Ahmudan (Pegawai diraja). Akhir sekali Athi(Pembesar-pembesar tradisional). Raja juga merupakan penaung kepada sami Buddha. Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai seluruh Burma.                         [6m]                                                              

          Setelah penguasaan British terhadap Burma telah menyebabkan Dinasti Konbaung berakhir. Kesannya institusi raja tersingkir. Malah jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus.                                                                                              [3m]
                                                                                                                                                                               
          Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma. Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional. Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran). Undang-undang Barat diperkenalkan. Pengaruh golongan agama merosot. Keadaan ini berlaku berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat. Majlis Perundangan telah diperkenalkan. Beberapa jabatan juga diperkenalkan. Contohnya jabatan perhutanan, jabatan kesihatan
dan jabatan pelajaran telah ditubuhkan.                                                                  [6m]
.                           
PERUBAHAN PENTADBIRAN DI INDOCHINA – PERANCIS
                                                                                                    ( buku teks mukasurat 11)

          Sebelum kedatangan Perancis, negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak. Pentadbiran ini memberikan kuasa penuh kepada pernbesar ternpatan. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.
                                                                                                                                        [4m]                                                                                                                                                  
          Selepas dikuasai Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral. Beliau bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. Perancis juga telah membentuk sebuah kerajaan pusat. Malah Perancis menubuhkan Union Indochinoise. Semua rang undang-undang di Indo-China diluluskan oleh Parlimen Perancis. Walaupun begitu, pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.                                                                                            [6m]
                                                                                                                                                              
PERUBAHAN PENTADBIRAN DI TANAH MELAYU – BRITAIN   
                                                                                                    ( buku teks mukasurat 12)
        
         Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkanSistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem  ini menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu. Namun, setelah penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja di Melaka. Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja ini terus terhapus.                                [4m]

         Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS). Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS. Beliau dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Pentadbiran pada peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.                                 [4m]                                                                                                     

          Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor pula British memperkenalkan Sistem Penasihat. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara. Kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.                                                                                                                           [4m]

          Selain itu, British telah memperkenalkan pelbagai perubahan. Contohnya sistem kehakiman barat telah diperkenalkan. Sistem pengutipan cukai turut diperkenalkan. Negeri-negeri dibahagi kepada beberapa daerah. Seterusnya penubuhan balai polis. Walaupun struktur pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu tidak berubah, namun, peranan raja dan pembesar Melayu telah terjejas.                                                                      [4m]

PERUBAHAN PENTADBIRAN DI THAILAND            ( buku teks mukasurat 12-13)
a) Pemodenan pentadbiran yang dilakukan oleh Thailand telah berjaya mengekalkan
     kemerdekaannya.
b) Faktor Thailand tidak mengalami imperialisme Barat
         Di Thailand, birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh raja-rajanya. Contohnya oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat. Tujuannya untuk mengetuai pelbagai jabatan. Di samping melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain. Penasihat kastam dan ketenteraan pula masing-masing dari Amerika Syarikat dan Perancis.                                                                                                                  [5m]                                                                                                                                               
         
Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah. Majlis ini merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat. Fungsinya ialah mengetuai kementerian. Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.                                                                          [3m]                                                                        

          Sehubungan dengan itu telah muncul golongan baru. Mereka terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden. Kedudukan mereka  berdasarkan tahap pendidikan mereka. Pada tahun 1932, sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand.                                                                                   [4m]

4. Pengamalan Sistem Birokrasi Barat Dalam Sistem Pentadbiran Malaysia

          Pengamalan sistem birokrasi barat dalam sistem pentadbiran Malaysia berasaskan pembentukan sebuah kerajaan berpusat. Pembentukan negara kita pada tahun 1957 berdasarkan gabungan 11 buah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur sebagai kerajaan pusat.. Pengamalan sistem kerajaan berpusat semakin berkembang apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 dengan kemasukkan Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Perubahan pusat pentadbiran negara ke Putrajaya telah memperkasakan lagi sistem kerajaan berpusat di negara kita.                                      [4m]
         Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Yang di Pertuan Agong (YDPA) dilantik sebagai ketua negara. Sebagai ketua negara, YDPA mempunyai bidang kuasa tertentu berdasarkan peruntukan perlembagaan persekutuan. YDPA mempunyai kuasa perundangan dan pentadbiran. Contohnya  kuasa melantik Perdana Menteri dan meluluskan undang-undang parlimen.
                                                                                                                                          [4m]

         Bagi melincinkan pentadbiran negara, kerajaan telah membentuk sistem kabinet atau Jemaah Menteri. Peranannya bagi membantu Perdana Menteri menjalankan tugas pentadbiran negara. Terdapat 32 kementerian yang diketuai oleh seorang menteri. Dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Bagi memudahkan pentadbiran, jabatan dan agensi bagi sesebuah kementerian ditubuhkan..Bagi setiap negeri ditubuhkan cawangan. Contohnya Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia.                                                            [4m]
         Sistem perundangan dan kehakiman yang diamalkan di negara kita merupakan penerusan sistem perundangan dan kehakiman Barat. Penubuhan sistem mahkamah seperti Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisterit membuktikan pengamalan sistem perundangan barat.                                                                           [2m]
Secara keseluruhanya, memang tidak dinafikan sistem pentadbiran Malaysia kini mewarisi sistem birokrasi barat yang yang terlah diperkenalkan di Asia Tenggara pada zaman penjajahan Barat.                                                                                       [1m]                                               
 5. Mengapa Sistem Birokrasi Barat Tidak Diterima Oleh Penduduk  Tempatan

         
Sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan kerana pegawai  Barat telah mengambil alih sistem pemerintahan tempatan. Melaluinya, mereka telah campur tangan dalam adat resam tempatan dan agama. Malah pegawai kerajaan terdiri daripada orang Barat. Kesannya, birokrasi Barat telah menghapuskan sistem pentadbiran tradisional.                                                                                                                    [4m]
          Pengenalan birokrasi Barat telah menyebabkan berlaku kerahan tenaga kepada penduduk tempatan. Contohnya yang berlaku di Filipina (Sistem Polo) dan Indonesia (Sistem Tanaman Paksa). Kesannya hasil bumi tempatan dimonopoli oleh penjajah. [3m]                                         

          Seterusnya penduduk juga dikongkong dengan pelbagai peraturan. Contohnya pengenalan sistem tanah yang dilakukan di Terengganu. Pihak British juga memberikan layanan yang berat sebelah. Kesannya penduduk perlu mendapatkan  pas kebenaran untuk membuka tanah.                                                                                                      [4m]                                         

          Manakala dalam sistem pendidikan pula, penduduk tempatan tidak diberi peluang mendapat pendidikan tinggi. Contohnya di Tanah Melayu hanya golongan elit dan bangsawan berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Kesannya rakyat tidak berpeluang mendapatkan pendidikan yang tinggi. Impaknya mereka tidak berpeluang menjawat jawatan dalam kerajaan.                                                                                                          [4m]                                                                                              

          Seterusnya penduduk tempatan tidak dibenarkan terlibat dalam kegiatan ekonomi dagangan. Mereka hanya terlibat  dalam kegiatan ekonomi sara diri sahaja.Contohnya aktiviti penanaman padi dan menungut hasil hutan. Kesannya ekonomi orang Melayu tidak berkembang dan mundur.                                                                                                        [4m]                                                                                                                                                     
6. Kesan Imperialisme Terhadap Negara-Negara Asia Tenggara.


Kesan Politik
          Kesan dari segi politik ialah Asia Tenggara menjadi tanah jajahan kuasa Barat. Ini kerana kedudukannya yang strategik iaitu terletak antara China dan India. Contohnya Belanda menguasai Kepulauan Indonesia dan British menguasai Tanah Melayu. Oleh itu, negara di Asia Tenggara telah menjadi sasaran kuasa imperialis.                             [3m]                                                                                                                                                

          Seterusnya pembesar kehilangan kuasa. Di mana peranan mereka diambil alih oleh penjajah. Contohnya pengenalan Sistem Encomienda oleh Sepanyol di Filipina. Hal ini menyebabkan pengaruh golongan Datu merosot.                                                         [2m]                  
Di samping itu ialah lenyapnya sistem pentadbiran tradisional. Hal ini demikian kerana penjajah telah melaksanakan Undang-Undang Barat di negara yang dijajah. Contohnya pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889. Kesan pengenalan undang-undang Barat telah menyebabkan institusi raja terus terhapus.                                                                                                                      [3m]

Kesan  Ekonomi 
Kesan ekonomi pula ialah imperialisme telah menyebabkan Text Box: 1 markahsumber ekonomi tempatan dibolot oleh penjajah. Keadaan ini berlaku kerana penjajah memerlukan bekalan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak. Bahan mentah ini untuk Revolusi Perindustrian. Contohnya British telah menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Oleh itu, keperluan bahan mentah secara konsisten oleh penjajah telah menyebabkan mereka menguasai sumber ekonomi negara yang dijajah.               [4m]

Kesan  Sosial
         
Kesan sosial ialah imperialisme juga telah menyebabkan munculnya semangat menentang penjajah dalam kalangan penduduk tempatan. Hal ini kerana penduduk tempatan tidak berpuashati dengan dasar penjajah Barat. Contohnya penentangan terhadap penjajah Belanda di Indonesia yang dipimpin oleh Soekarno. Akibatnya, pengenalan pelbagai dasar dan perubahan yang dilakukan oleh penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.                                                              [4m] 

7. Slogan Menyebarkan Tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat hanyalah
      muslihat  mereka untuk  menjajah Asia Tenggara
         
Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda. Kuasa ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Kuasa Perancis menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.                                                                               [4m]

            Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur. Slogan tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan kepentingan mereka.                                                                                                                            [2m]
          Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa Barat bersaing sesama mereka. Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah jajahan yang luas. Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan. Contohnya kuasa British berjaya menguasai Tanah Melayu.                                                                                [4m]

          Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka menjajah Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah Dengan penjajahan ini dapat menjamin bekalan bahan mentah secara konsisten. Mereka juga menjajah Asia Tenggara untuk dapat meluaskan pasaran hasil perkilang  pasaran ke India dan China.                                                    [3m]

Kesannya Asia Tenggara berjaya dikuasai dengan mudah oleh imperialis barat hasil daripada tipu muslihat yang telah direncanakan.                                                   [1m]


8. Setujukah anda, imperialisme Barat bertujuan menyebarkan tamadun

Saya bersetuju bahawa imperialisme Barat telah menyebarkan tamadun mereka di Asia Tenggara. Sistem birokrasi Barat diperkenalkan telah mewujudkan pentadbiran yang lebih sistematik dan seragam. Contohnya melalui penyatuan wilayah-wilayah, Di Filipina, Sepanyol menyatukan barangay. Di Indonesia, Belanda menyatukan kerajaan-kerajaan tradisional seperti Mataram. Di Tanah Melayu, British mewujudkan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Hasil daripada penyatuan inilah kemudiannya muncul negara bangsa yang moden. Contohnya Indonesia, Malaysia, Burma dan Filipina selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajah.                                                                                                                  [7m]

          Imperialisme Barat juga telah memperkenalkan tanaman komersil di negara-negara Asia Tenggara. British memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu. Amerika mengkomesilkan tanaman tebu, tembakau dan abaka di Filipina. Manakala Belanda mengkomesilkan tanaman kopi dan tembakau di Indonesia. Kemajuan ekonomi ini telah  menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Malah tanaman komersil ini juga telah menyumbang kepada pendapatan negara. Contohnya getah sebagai komoditi eksport yang utama semasa dan selepas tercapainya kemerdekaan di negara-negara berkenaan.
                                                                            [7m]

9. Usaha yang dilakukan oleh imperialis Barat untuk  meneruskan dasar  penjajahan
    mereka di Asia Tenggara
     Asia Tenggara.

                                                                                                         


          Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui pengenalan sistem birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan. Sebaliknya digantikan penubuhan kerajaan pusat. Contohnya, Union Indochinoise di IndoChina. Gabenor Jeneral telah mengambil alih kuasa raja untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat.                                         [3m]

Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara menubuhkan jabatan kerajaan (biro). Contohnya Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Polis telah ditubuhkan. Ketua jabatan berbangsa penjajah dilantik untuk menjalankan pentadbiran jabatan. Hal ini menyebabkan pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara Barat.                                                                                                                             [3m]
          Kuasa imperialisme Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguatkuasakan undang-undang Barat. Contohnya, Akta Perkampungan Burma dan Akta Ulu Burma yang diperkenalkan oleh British di Burma. Pelaksanaan undang-undang tersebut melenyapkan penguasaan pembesar tradisional tempatan dalam pentadbiran.
                                                                                                                                         [3m]

          Kuasa imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya dengan cara mengeksplotasi ekonomi negara tanah jajahannya. Contohnya, British  menguasai bijih timah di Tanah Melayu,. Hal ini menyebabkan mereka berjaya mengukuhkan ekonomi dengan cara mengaut sumber kekayaan tanah jajahan.                                                                        [3m]
          Di samping itu, imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu, British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular. Tujuannya untuk mengasingkan kaum mengikut etnik masing-masing. Tindakan  yang diamalkan berjaya memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Impaknya, tidak timbul penentangan terhadap mereka.
                                                                                                                                         [4m]

10. Kesan pelaksanaan sistem birokrasi Barat terhadap pemerintahan tradisional
      negara-negara di  Asia Tenggara.

          Antara kesannya ialah sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan. Melalui penyatuan pentadbiran telah menyebabkan berlakunya kemerosotan sistem pemerintahan tradisional. Malah pengaruh golongan pembesar tradisi merosot. Contohnya di Indonesia, pentadbiran  terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.  Kesannya menyebabkan kedaulatan negara tergugat.            [4m]

          Kesan lain ialah pemerintahan tradisional peringkat pusat terhapus. Ini disebabkan peranan  raja  diambil oleh British.  Contohnya melalui sistem birokrasi Barat telah menamatkan Dinasti Konbaung di Burma. Impaknya pengaruh golongan agama merosot.                                                                                                                                     [3m]

         Kesan seterusnya, penjajah Barat juga telah memperkenalkan undang-undang Barat. Melaluinya mereka memperkenalkan peraturan tanah dan cukai yang tinggi.  Hal ini menyulitkan kehidupan rakyat tempatan. Kesannya penduduk tempatan merasakan diri mereka ditindas.                                                                                                    [3m]
                                                                                                                                 
          Seterusnya raja terpaksa menerima penasihat Barat. Contohnya British memperkenalkan Residen  dalam pentadbiran. Fungsi residen menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu. Keadaan ini menyebabkan kuasa Raja atau Sultan terbatas. Malah  pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh.                                                                                                  [4m]








11.Usaha mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada memperjuangkan
     kemerdekaan.
     Berikan penjelasan.

 



Kita menghadapi cabaran besar dalam mengisi kemerdekaan apabila nilai jati diri Melayu secara khususnya tidak lagi mendapat tempat di hati segelintir masyarakat. Contohnya, pemakaian baju Melayu, bersongkok dan bersamping mula dilupakan terutama ketika menyambut hari raya. Generasi muda lebih gemar memperagakan fesyen terkini berbanding baju kurung yang melambangkan kesopanan. Malah ada yang lebih selesa mengenakan fesyen pakaian yang menjolok mata dan keterlaluan. Kesimpulannya budaya barat telah meresapi pemikiran generasi muda.                                                      [4m]
          Negara juga menghadapi cabaran apabila corak kehidupan yang tidak berteraskan nilai-nilai ketimuran juga mula dipraktikkan. Sebagai contohnya, gejala seks bebas, seks songsang, gay dan lesbian menarik perhatian golongan yang menyimpang daripada ajaran agama. Muda-mudi tanpa segan silu memuat naik perlakuan jijik mereka di laman sosial sehingga seluruh dunia menyaksikan betapa kita masih dijajah walaupun setelah sekian lama merdeka. Rumusanya apa erti kemerdekaan jika hakikatnya masyarakat masih terjajah dalam bidang kebudayaan tanpa disedari.                                                           [4m]
          Untuk mengekalkan kemerdekaan, nilai timur yang menjadi teras keharmonian negara perlu dipertahankan. Oleh itu, sebarang anasir jahat yang cuba diseludup ke negara ini hendaklah ditentang habis-habisan. Kegiatan menyelewengkan ajaran agama perlu dibanteras.  Usaha pihak tertentu yang ingin mencetuskan huru-hara hendaklah dihentikan.                                                                                                                    [4m]
          Sebagai kesimpulannya, perpaduan masyarakat merupakan formula terbaik untuk mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan negara. Masyarakat kita mestilah hidup bersatu hati. Perpaduan adalah menjadi penghalang terhadap  usaha pihak tertentu yang cuba meniupkan api perkauman dan perpecahan. Kesannya kemerdekaan tetap terpelihara.                                                                                                                  [4m]         
12. Keistimewaan / keunikkan Asia Tenggara yang menarik  minat Imperialis Barat
.

          Asia Tenggara menarik minat imperialis kerana kedudukannya yang strategik.  Hal ini kerana Asia Tenggara terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat.  Contohnya di Selat Melaka atau Laut China Selatan. Kesannya Asia Tenggara menjadi tumpuan kuasa imperialis Barat.                                                                                 [3m]

          Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Bahan mentah penting untuk memenuhi keperluan perindustrian di Eropah. Contohnya Tanah Melayu, Indonesia yang kaya dengan Bijih Timah. Kesannya berlaku ekploitasi ekonomi di Asia Tenggara.   [3m]                                                                           
          Seterusnya, Asia Tenggara mempunyai pasaran yang luas untuk barang keluaran Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah.  Ini membawa kepada persaingan kuasa-kuasa Barat merebut tanah jajahan di rantau ini. Contohnya China dan India menjadi sasaran imperialisme untuk memasarkan barangan mereka.                                           [4m]  
                                                 
          Asia Tenggara dijajah kerana mempunyai tanah yang subur. Justeru itu sesuai untuk tanaman dagangan. Contohnya tanaman getah, tembakau dan kopi. Malah disokong oleh iklim Asia Tenggara yang panas dan lembab sepanjang tahun. Iklim ini sesuai untuk pertanian.                                                                                                 [3m]

13. Cara untuk mengelakkan penjajahan semula berlaku di  negara kita

         
Cara untuk mengelak penjajahan semula daripada berlaku di negara kita ialah memilih pemimpin bijaksana. Pemimpin yang bijaksana mampu merancang strategi dengan baik. Contohnya pemimpin yang banyak melakukan pembaharuan untuk negara. Impaknya akan membawa kemakmuran kepada negara.                                        [4m]

          Seterusnya kita perlu mengamalkan prinsip dan pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain. Tujuannya untuk mengelak penjajahan semula. Caranya ialah sentiasa bermuafakat antara pemimpin negara. Contohnya melalui ASEAN. Kesannya wujud hubungan yang erat antara negara.                                                                      [4m]

          Di samping itu,  kita  perlu mengekalkan perpaduan kaum. Langkahnya ialah dengan mengamalkan sikap bekerjasama. Contohnya dengan meraikan majlis perayaan bersama-sama antara setiap kaum. Kesannya wujud sifat toleransi antara kaum.       [3m]
    
          Cara lain ialah kita perlu berani mempertahankan negara. Melaluinya kedaulatan negara dikekalkan. Sepatutnya semua kaum harus bersedia menjadi anggota keselamatan. Contohnya menyertai polis dan tentera. Kesannya keamanan dapat dikekalkan.                                                                                                              [4m]
           
          Akhir sekali, rakyat perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah.  Dengan ini mewujudnya persefahaman. Contohnya pandangan semua kaum harus diberi perhatian. Kesannya imej  negara akan terpelihara.                                 [3m]
                                                                                                                       
14. a) Sejauh manakah Imperialisme /Penjajahan alaf ke 21 / Penjajahan bentuk baru  /  Neokolonisme berlaku pada hari ini.
      b) Apakah bentuk penjajahan alaf Baharu ?
      c) Bagaimanakah imperialisme moden berlaku pada masa kini ?

          Antara penjajahan bentuk baharu yang berlaku pada hari ini ialah penerapan budaya asing. Penularan ini berlaku menerusi filem, muzik dan media sosial yang telah mempengaruhi pemikiran generasi muda. Penerapan cara hidup Barat ini merupakan satu bentuk neokolonialisme. Contohnya pergaulan bebas dalam masyarakat telah menjadi budaya baharu dalam generasi muda.  Kesannya, muda mudi sekarang gemar mengamalkan budaya hedonisme dan terpengaruh dengan ideologi ekstrimis.        [4m]
                                                                                                                                                                 
Dari segi ekonomi, penjajahan bentuk baharu berlaku apabila negara maju mengawal kewangan negara. Hal ini kerana negara kita terlalu bergantung kepada kuasa besar dunia untuk memajukan ekonomi negara. Contohnya kita meminta bantuan dana daripada negara  China. Kesannya kita terpaksa tunduk dan akur kepada ketetapan yang dibuat oleh negara berkenaan.                                                               [4m]

          Penjajahan ekonomi berlaku apabila negara maju menguasai pasaran bahan mentah dunia. Hal ini kerana negara membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal. Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Contohnya negara maju mengenakan kawalan harga terhadap bahan mentah. Malah mereka mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Kesannya negara membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada negara maju. Kesan pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil [4m]                                  
15. a) Kesan penjajahan bentuk baharu (Neokolonialisme) / Kesan Imperialisme
         terhadap   rantau  Asia Tenggara hari ini.
      b) Kesan / Implikasi / Impak yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar
          imperialisme bentuk baru   (neokolonialisme)

Kesan Sosial
          Dari segi sosial, penjajahan bentuk baharu akan menghakis nilai kebudayaan ketimuran. Dalam dunia globalisasi kemasukan budaya negatif dari Barat berlaku dengan mudah. Contohnya penularan budaya  hedonisme, pergaulan bebas, dan LGBT. Kesannya telah membawa keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat terutama generasi muda.                                                                                                                          [3m]

          Selain itu, berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan dengan meningkatnya kes penceraian dan keganasan rumah tangga.  Pegangan agama juga semakin rapuh. Akibatnya  membawa kepada keruntuhan akhlak.  Contohnya berlaku keciciran pelajaran dan persekolahan di kalangan anak-anak. Kesannya berlaku kegagalan negara untuk melahirkan modal insan yang sempurna.                                          [4m]
                                                          
          Penjajahan bentuk baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat tempatan. Wujudnya masyarakat berkelas elit yang kurang mengamalkan dan menghayati nilai ketimuran. Contohnya masyarakat bandar yang bersifat individualistik dan mementingkan diri sendiri. Kesannya masyarakat tempatan hilang jati diri.                                                                                                 [4m]
                                                             
Kesan Ekonomi

          Penjajahan baharu dalam bidang ekonomi menyebabkan kuasa besar mengawal kewangan negara melalui bantuan asing. Oleh yang demikian, negara kita terpaksa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kuasa besar. Contohnya, syarikat asing seperti KFC. Syarikat ini akan menguasai pasaran tempatan melalui sistem franchais. Akibatnya produk tempatan tidak mampu bersaing di pasaran tempatan.                     [4m]

          Imperialisme bentuk baru menyebabkan ekonomi negara dunia ketiga masih terjajah. Negara membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa bergantung kepada negara maju. Malaysia sendir masih bergantung kepada negara luar dalam pembinaan projek mega berteknologi tinggi. Contohnya KLIA, Menara Berkembar Petronas, ETS dan lain-lain. Kesannya negara kita masih belum setanding dengan negara maju yang lain.           [4m]
         
Penjajahan bentuk baru juga memberi kesan dari aspek pandangan dan penerimaan penduduk tempatan terhadap barangan buatan Malaysia. Kebanyakan rakyat masih lagi memandang barangan luar lebih berkualiti dan bermutu berbanding dengan barangan tempatan. Contohnya kereta nasional tidak mendapat sambutan dalam kalangan elit tempatan. Mereka masih lagi menganggap kereta yang diimport adalah bermutu dan berprestij tinggi. Kesannya berlaku pengaliran wang keluar dan menjejaskan ekonomi negara.                                                                                                                            [4m]

Kesan Politik

          Dari segi politik, persaingan antara kuasa-kuasa besar. Contohnya Amerika Syarikat, Rusia dan China. Keadaan ini telah menyebabkan negara-negara yang sedang membangun terpaksa memilih untuk cenderung menyokong sama ada blok Barat atau blok Timur. Keadaan ini menyebabkan negara-negara ini tersepit ekoran pertelingkahan kuasa besar dunia. Contohnya walaupun Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, namun Malaysia terpaksa memilih untuk cenderung berpihak sama ada kepada China ataupun Amerika Syarikat. Kesannya Malaysia banyak diseret untuk terlibat dalam krisis antarabangsa.                                                                                                                  [4m]
                                        
          Penjajahan bentuk baru juga memberi kesan kepada dasar kepimpinan negara. Pembentukan sesebuah kerajaan dalam sesebuah negara dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar tertentu. Contohnya negara Mesir dan Iraq. Masyarakatnya membentuk kerajaan dan juga menjatuhkan kepimpinan disebabkan peranan dan pengaruh kuasa besar dunia. Kesannya sistem pemerintahan kerajaan tersebut mestilah mengikut telunjuk kuasa besar dunia.                                                                                                                                  [4m]

          Penjajahan bentuk baru juga memberi kesan dalam aspek hubungan diplomatik. Kuasa besar dunia telah mengawal dan seolah menentukan corak hubungan diplomatik sesebuah negara. Contohnya walaupun Malaysia mengamalkan dasar berkecuali. Namun kita masih lagi dikongkong dan dipengaruhi oleh kuasa besar untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara tertentu.                                                   [4m]

16. Cabaran kepada Malaysia untuk  menghadapi penjajahan bentuk baharu /
      Cabaran untuk  mengekalkan kemerdekaan.
                                                                                                                                                                 
          Antara cabarannya ialah Malaysia menghadapi masalah mengukuhkan sistem pertahanan negara.  Akhir-akhir  ini sempadan dan perairan negara sering diceroboh oleh kuasa asing.  Contohnya perairan Sabah diceroboh oleh tentera Sulu dan militan Abu Sayyaf.  Manakala sempadan Malaysia-Thailand juga sering dibolosi oleh sindiket pemerdagangan manusia yang mengancam keselamatan negara.  Selat Melaka pula tidak terkecuali daripada ancaman lanun. Kesannya kedaulatan negara telah dicabar dengan sewenang-wenangnya.                                                                                              [4m]

          Selain itu, negara menghadapi cabaran mengekalkan perpaduan rakyat.  Terdapat segelintir masyarakat yang suka menimbulkan isu sensitif yang menyinggung perasaan kaum lain.  Malah terdapat ahli politik yang menggunakan isu perkauman dan agama untuk kepentingan sendiri.  Contohnya isu Hindraf yang dipolitikkan. Keadaan ini telah mewujudkan perasaan takut di kalangan rakyat. Kesannya membawa kepada perbalahan politik yang merugikan semua pihak.                                                                           [4m]

          Jenayah rasuah yang semakin berleluasa. Fenomena ini telah mencemarkan imej negara. Keadaan ini mengurangkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.  Contohnya kes berprofil tinggi di Malaysia semakin meningkat. Kesannya menyebabkan hilangnya ketelusan dan integriti dalam pentadbiran Malaysia.                            [4m]
                                                                                                                              
          Produk Malaysia menghadapi saingan sengit di peringkat antarabangsa. Keadaan ini berlaku kerana kualiti dan harga produk Malaysia tidak mampu menandingi produk luar negara. Hal ini kerana kurangnya usaha penyelidikan dan pembangunan yang menghasilkan inovasi. Contohnya pengeluaran beras tidak dapat menampung keperluan penduduk. Disamping kualiti pengeluaran yang tidak setanding dengan negara luar. Contohnya Thailand. Kesannya negara kita terpaksa mengimport bekalan makanan daripada luar.                                                                                                           [4m]
              
17. Langkah /Persediaan/ Persiapan bagi menghadapi penjajahan  bentuk baharu
      a) Peranan Pelajar/ Peranan Masyarakat
      b)  Peranan Kerajaan/Peranan Pemimpin

a)    Peranan Pelajar / Peranan Masyarakat
         
Persediaan yang mesti saya lakukan untuk menghadapi penjajahan bentuk baharu pada masa hadapan ialah saya mesti melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Melaluinya dapat memberi sumbangan untuk pembangunan negara. Contohnya saya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT. Kesannya negara dapat bersaing dalam arus globalisasi.                                                                                   [4m]

          Saya juga akan mengukuhkan semangat perpaduan. Tindakan saya ialah melalui pergaulan dengan semua kaum. Malah tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan kaum.  Contohnnya saya akan menghormati budaya dan agama kaum yang lain.  Konsep 1 Malaysia akan dijadikan pegangan hidup  dan amalan saya. Kesannya akan mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatupadu dan harmoni.                                                                                                                                                [4m]

Seternya saya perlu mengekalkan jati diri bangsa. Di mana saya akan elak daripada dipengaruhi penjajah luar. Contohnya mengamalkan nilai ketimuran dalam kehidupan seharian.  Saya perlu mengamalkan ajaran agama yang mengandungi segala nilai-nilai positif. Tujuannya untuk mempersiapkan diri dari aspek rohaniah. Kesannya kita dapat mewujudkan keamanan negara.                                                                                  [4m]
                                                                                 
          Langkah seterusnya  adalah  saya perlu sama-sama menangani dan menjauhi gejala negatif yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Contohnya masalah pelacuran dan rasuah yang semakin berkeluasa ketika ini. Kesannya negara dapat meningkatkan imej negara.                                                                                   [4m]          

b)  Peranan Kerajaan / Peranan Pemimpin

          Dasar luar negara yang mantap dapat mengelakkan dari berlakunya penjajahan. Di mana kerajaan perlu mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara. Dengan ini dapat mengukuhkan kedaulatan. Ini kerana hubungan baik di peringkat antarabangsa akan menjamin kestabilan negara. Contohnya dengan meneruskan Dasar Berkecuali yang dilaksanakan sejak dahulu lagi. Impaknya dapat membebaskan Malaysia dari campur tangan mana-mana kuasa.                                                                                  [4m]

          Langkah lain ialah pemerintah hendaklah mengawal kekayaan negara daripada dieksploitasi oleh kuasa Barat. Contohnya menguatkuasa undang-undang dengan berkesan. Malah pihak berkuasa harus mengawal harga bahan mentah daripada ditentukan oleh kuasa Barat. Kerajaan juga perlu berwaspada dengan syarat perdagangan yang tidak adil.                                                                                                           [4m]

Selain itu dengan mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contohnya menjalankan program Jamuan Satu Malaysia. Program sambutan Kongsi Raya juga amat sesuai. Kesannya perpaduan akan meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.                               [4m]

          Langkah seterusnya  ialah memupuk semangat nasionalisme. Pemimpin negara perlu memberi  contoh dan teladan yang baik tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Pemimpin-pemimpin juga perlu  berusaha menangani isu-isu negara. Misalnya isu kemiskinan, keselamatan dan lain-lain dengan bijaksana. Ini terbukti apabila kerajaan berjaya menangani isu keselamatan di Lahad Datu yang berlaku beberapa tahun dengan bijaksana. Kesannya kedaulatan dan keamanan negara kita dapat dikekalkan. 
                                                                                                                                [4m]

18.Kesan pengenalan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara terhadap  corak
     pentadbiran negara Malaysia hari ini

          Semasa penjajahan Barat pentadbiran Kerajaan Pusat telah ditubuhkan. Malahan pentadbiran Malaysia masih meneruskan pentadbiran Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan negara hari ini adalah dengan menggabungkan pentadbiran 14 buah negeri di Malaysia. Contohnya, pusat pentadbiran kerajaan pusat ini terletak di Putrajaya.  Manakala pentadbiran di peringkat negeri adalah gabungan pentadbiran daerah-daerah dalam negeri tersebut. Kesimpulannya pembahagian pentadbiran tersebut mengelakkan pertindihan tugas antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.                       [5m]

Seterusnya pentadbiran Barat melalui biro (jabatan). Pada peringkat Malaysia, pentadbiran melalui biro ialah penubuhan pelbagai kementerian. Contohnya Kementerian Kesihatan. Malahan kementerian ini mempunyai kuasa di peringkat Persekutuan Biro. Sementara pada peringkat negeri, pentadbiran adalah di bawah jabatan dan pejabat pentadbiran. Contohnya Jabatan Polis dikekalkan pada hari ini. Kesimpulanya, pentadbiran yang sistematik dapat diwujudkan.                                    [4m]

Melalui sistem birokrasi Barat, penjajah telah melaksanakan undang-undang Barat. Malahan undang-undang Barat telah digunakan sehingga ke hari ini. Namun disesuaikan dengan keadaan budaya tempatan. Contohnya selepas negara mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan telah diperkenalkan. Kesannya negara menjadi aman dan makmur.                                      [4m]

Semasa penjajahan Barat, Gabenor telah dilantik sebagai ketua pentadbir di peringkat pusat. Dibantu oleh pegawai Barat. Fenomena ini diteruskan sehingga pentadbiran hari ini. Dimana pentadbiran negara hari ini diketuai oleh Perdana Menteri. Dibantu oleh menteri-menteri, menteri tidak berportfolio dan Ketua Setiausaha Negara.  Melalui pentadbiran yang tersusun ini telah melahirkan pentadbiran yang mantap. Malah semua dasar negara dapat dilaksanakan. Kesannya imej pentadbiran negara telah dikenali sehingga peringkat dunia.                                                                               [4m]
                                                                                                                               
19. a) Iktibar daripada penjajahan kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara
     b)  Iktibar dari  imperialisme Barat
         
Iktibarnya ialah kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan tanah air. Contohnya, Dato’ Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh. Perjuangan mereka wajar dijadikan sebagai inspirasi untuk memajukan negara.                                                                                                                             [3m]
         
          Iktibar lain ialah rakyat perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman pihak luar. Contohnya, kita mestilah sanggup memainkan peranan menghalang penyebaran ideologi yang bercanggah dengan pendirian politik negara kita. Kesannya dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara.                                    [4m]
                                                                                                                
          Iktibar seterusnya ialah rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan. Adat dan kebudayaan kebangsaan Malaysia menjadi identiti negara. Nilai murni dan budaya Melayu mestilah sentiasa dipertahankan. Kesannya dapat  menjadi teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan                  .                                                                     [3m]                                                               
          Di samping itu, amalan hidup dan budaya harmoni kaum-kaum lain boleh diasimilasikan sebagai cara hidup masyarakat Malaysia. Tujuannya supaya dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Malah boleh meningkatkan  perpaduan kaum di negara kita.                                                                                                                     [4m]

          Akhir sekali ialah melahirkan pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir negara. Melaluinya pemimpin yang berwibawa dapat menangani isu-isu semasa tanpa campur tangan asing. Contohnya, pemimpin hari ini haruslah bijak dalam membuat keputusan setelah menilai dari pelbagai sudut pandangan.                                                               [3m]                                                                                                                
20.Nilai dan iktibar  daripada perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan
      kuasa asing.

          Antara nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada sejarah perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan asing ialah kegigihan. Ini terbukti apabila tokoh pemimpin tempatan negara telah  menentang penjajah tanpa mengenal erti kegagalan. Contoh perjuangan Rentap menentang James Brooke di Sarawak. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita haruslah sanggup mengorbankan diri untuk membebaskan negara daripada penjajahan Barat.                                                                                                                [3m]
                                                                     
          Selain itu, iktibar yang boleh diambil ialah para pemimpin tempatan perlu menunjukkan keberanian yang utuh. Contohnya Penghulu Dol Said yang berani menentang pasukan British.  Kita wajar mempunyai semangat ini supaya negara kita tidak mudah diceroboh oleh kuasa luar. Kesannya keamanan negara terus dikekalkan.                                                                                           [3m]

          Seterusnya, pemimpin tempatan bersemangat waja dan berjiwa kental semasa berperang dengan musuh. Hal ini dapat dilihat dalam perjuangan Mat Salleh di Sabah sehingga beliau sendiri turut terkorban dalam pertempuran dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Contoh lain ialah semasa berhadapan dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Di mana  telah mengorbankan para pejuang negara. Impaknya dapat mempertahankan keselamatan negara.                                                                          [3m]

        Akhirnya, pemimpin tempatan mempunyai keimanan dan ketakwaan yang kuat. Semangat ini dapat menjadi benteng untuk mengelakkan ancaman penjajahan bentuk baru dalam negara. Melaluinya rakyat bebas daripada pengaruh luar. Kesannya keharmonian negara dikekalkan.                            [4m]
                                                                            
21. Apakah maksud nasionalisme?                                         Buku teks T5 mukasurat 14


          Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-apa saja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan.                                                              [3m]
            
         Gerakan nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik tetapi juga melibatkan pembebasan cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. Kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dilihat sebagai reaksi pemimpin dan rakyat setempat terhadap segala perubahan yang mengancam kedudukan mereka di tanah air sendiri. Contohnya, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin tempatan seperti Dol Said, Rentap dan Dato Bahaman sejak abad ke -19. Gerakan nasionalisme yang menyeluruh bermula pada awal abad ke-20.                                                                [4m]

22.Faktor-faktor kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara.
                                                                                              Buku teks T5 mukasurat 14-17                                                          

          Dasar penjajah Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara di AsiaTenggara. Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden.                                                                                                                          [2m]

          Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan. Contohnya dasar ekonomi penjajah iaitu Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina. Dasar ekonomi penjajah jelas menindas penduduk peribumi.    [3m]                                                                                                                                
          Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial. Mereka menganggap bahawa mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Selain itu mereka hanya layak berdampingan sesama mereka . Malah hanya bergaul dengan golongan elit tempatan yang terdiri daripada golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.                                                                                                                               [4m]
          Faktor lain ialah Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran. Dasar ini telah  menimbulkan rasa tidak puashati rakyat tempatan. Keadaan ini berlaku kerana  penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.                                              [2m]
                                                                         
          Pengaruh agama begitu jelas dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan. Penyatuan tersebut supaya rakyat dapat menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.Contohnya kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906). Rumusannya menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan .Sementara golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.[4m]
          Selain itu Gerakan Islah telah memperjuangkan Text Box: 2 markahPan-lslamisme. Dengan ini penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat dilakukan. Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa  tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas  kedua.  Berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.                                       [4m]
          Karya kesusasteraan di Asia Tenggara turut berperanan dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara. Karya-karya ini merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah. Malah telah membangkitkan kesedaran bangsa dan  kecintaan terhadap tanah air. Contohnya di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah  mencetuskan gerakan nasionalisme di negara itu. Novel tersebut juga menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara.                                                                                  [5m]

          Di Indonesia, cerpen Kerikil-Kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah antara puluhan novel yang terkenal.                                                                          [2m]                                                              

          Sistem pendidikan juga merupakan antara faktor yang mencetuskan nasionalisme. Ini adalah kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan Pihak penjajah mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.                                                                  [3m]

Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah. Malah terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar. Misalnya, di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda ini bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan. Kesannya menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha. Di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.                                                                                     [6m]                                                                                        
          Kemunculan golongan intelektual merupakan pencetus gerakan nasionalisme. Golongan ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat. Mereka telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. Pengalaman mereka di Barat dan di Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri. Golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air. Pada peringkat awal mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela. Namun akhirnya mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka .                               [6m]                                                       

          Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah juga telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis. Malah telah menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata. Contohnya di Vietnam,Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di Tanah Melayu,al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah antara akhbar yang utama. Pihak penjajah menganggap perkembangan media massa sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan. Malah sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh mereka di negara mereka sendiri.                                                                                             [5m]
                                                                                                                                   
Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga berperanan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis. Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya terpisah. Kesannya  memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu. Malah memudahkan tokoh nasionalis membincangkan idea idea nasionalisme.                    [7m]                                                                  
         
          Pengaruh luar turut mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. Contohnya kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905. Kejayaan tersebut telah membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan negara besar. Selain itu perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British. Perjuangan tokoh tersebut telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di negara-negara Asia Tenggara.                                                            [4m]

                                                                                                               
23. a) Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara          Buku teks T5 mukasurat 18
      b) Ciri-ciri umum gerakan nasionalisme di Asia Tenggara


          Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka. Namun bersifat setempat.  Malah tidak berorganisasi.                                                           [3m]

          Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme pada tahap ini: Gerakan ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat. Para pemimpin nasionalis ini lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik. Mereka menuntut hak-hak mereka dikembalikan. Mereka juga menuntut taraf hidup mereka dibaiki. Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.                                   [5m]

          Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal. Tahap ini telah mempunyai organisasi yang tersusun. Perubahan ini adalah disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang lebih sederhana sifatnya itu gagal.                                [ 3m]

          Gerakan pada tahap kedua ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. Dengan itu, mereka dapat menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah. Malah mengetahui kesannya terhadap bangsa dan negara mereka. Matlamat perjuangan mereka lebih jelas. Di mana mereka menuntut kemerdekaan. Seterusnya ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.                                                           [5m]

24. a) Tindak Balas Masyarakat Tempatan di Asia Tenggara
      b) Cara / Bentuk Penentangan Masyarakat tempatan terhadap  imperialisme
           Barat
 



         
Cara penentangan penduduk tempatan ialah menggunakan gerakan dakyah. Contohnya di Filipina, Jose Rizal telah menggunakan cara ini untuk menentang penjajah Sepanyol. Beliau mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat. Gerakan dakyah juga berlaku di Vietnam. Gerakan ini  dijalankan oleh Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) bagi menentang penjajah Perancis.            [3m]

          Cara penentangan seterusnya menerusi penubuhan persatuan atau pertubuhan. Contohnya di Indonesia, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan untuk menyebarkan Islam yang sebenar. Juga untuk  menghindari sekularisme Barat serta agama Kristian.  Di Burma, golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha. Tujuannya untuk mengekalkan tradisi Buddha.  Selain itu untuk  memajukan pendidikan rakyat Burma. Dalam pada itu, golongan sami Buddha juga telah menubuhkan Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San. Muncul juga Liga Antipemisahan yang mengganggap pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan.                                                                                                           [5m]
          Cara penentangan yang lain  ialah dengan menubuhkan parti-parti politik yang bersifat radikal. Contohnya di Filipina, Parti Nasional Filipina berjaya memenangi pilihan raya pada tahun 1907. Kesannya Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan. Kerajaan Amerika juga telah membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. Di Indonesia, gerakan nasionalisme telah diperjuangkan oleh parti-parti politik radikal. Contohnya Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI). Parti-parti ini memperjuangkan kemerdekaan Indonesia walaupun secara kekerasan. Di Vietnam terdapat parti-parti politik yang radikal seperti Viet Nam Quang Phu Hoi . Parti ini  telah melancarkan beberapa  pemberontakan di Tongkin tetapi gagal. Perjuangan diteruskan oleh Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam. Walau bagaimanapun perjuangan tersebut gagal kerana pemimpin-pemimpin parti tersebut ditangkap oleh Perancis. Di Burma, golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone. Tujuannya untuk menuntut kemerdekaan. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama.                                                                                                                             [5m]
          Seterusnya ialah menerusi akhbar dan majalah. Contohnya di Vietnam, Tribune Indigene dan Choche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di Tanah Melayu terdapat akhbar al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis. Di Filipina Katipunan telah menerbitkan akhbar Kalayan. Tujuan akhbar ini untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat.                                                                                                         [4m] 
Selain itu ialah menerusi novel dan karya sastera. Karya-karya untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penjajah. Contohnya di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal. Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar. Di samping itu, Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa yang mendedahkan kemunduran dan penindasan oleh penjajah . Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako. Impaknya mesej yang disampaikan menerusi media cetak tersebut dapat membangkitkan perasaan cinta akan negara.                                                        [6m]
          Cara penentangan seterusnya ialah bekerjasama dengan kuasa besar lain. Contohnya di Filipina, Emilio Aguinaldo telah bekerjasama dengan Amerika untuk mengusir Sepanyol. Walaupun berjaya mengusir Sepanyol, Filipina dikuasai pula oleh Amerika.                                                                                                                         [5m]  

Mereka juga menggunakan pengaruh agama. Melaluinya dapat menyatukan rakyat menentang penjajah. Contohnya pengaruh agama Islam telah membawa kepada penubuhan gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu. Gerakan ini memperjuangkan Pan-Islamisme. Tujuannya untuk  penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat. Agama Buddha telah menyatukan penduduk Burma untuk menentang British. Penentangan ini berlaku kerana pihak British  tidak menghormati budaya tempatan. Contohnya pihak British telah memakai kasut ketika memasuki kuil.                           [5m]
Cara terakhir ialah  menggunakan kaedah revolusi dan kekerasan. Contohnya di Filipina, revolusi bersenjata oleh Katipunan. Tujuannya untuk menggulingkan Sepanyol tetapi gagal. Di Vietnam Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) di bawah pimpinan Phan Boi Chau. Mereka melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin tetapi gagal. Tokoh-tokoh tersebut telah dipenjarakan. Di Burma, tercetusnya Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.                                                                        [5m]
25. a) Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap satu dan dua di AsiaTenggara
      b) Huraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
      c)  Terangkan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. 
                                                                                                Buku teks T5 mukasurat 18-23

NASIONALISME DI FILIPINA                                    ( buku teks mukasurat 18-19)

    Tahap pertama (Filipina)
          Gerakan nasionalisme di Filipina mendahului negara lain di Asia Tenggara. Tahap pertama gerakan nasionalisme di negara ini merupakan gerakan dakyah. Gerakan ini dipimpin oleh Jose-Rizal. Perjuangan ini disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.                                                                                                              [3m]
             
        Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol. Tuntutan lain ialah bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol. Malah bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.                                  [3m]

        Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas Sepanyol, Jose Rizal kemudiannya telah menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892. Tuiuannya untuk  mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan Sepanyol berasa terancam. Lantas Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao.                                                                                              [4m]

         Jose Rizal akhirnya dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan. Walaupun gerakan dakyahini berakhir tetapi gerakan ini kemudiannya telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.                                                                                                                              [2m]
                                                                                       
Tahap kedua (Filipina)
          Gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio. Pertubuhan ini telah memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol. Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina . Selain itu untuk mencapai kemerdekaan melalui revolusi.                                [6m]
                                                                                                                                                  
          Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut. Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata. Tujuannya untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol. Tetapi gagal. Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.                                         [4m]

          Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat. Hasilnya berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898. Namun, penyingkiran Sepanyol itu telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina. Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aquinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan Amerika.         [3m]                                                                                                                                 

          Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan. Lantikan ini berlaku apabila partinya iaitu Parti Nasionalis memenangi pilihan raya pada tahun 1907.      [3m]

                 Walaupun begitu, hanya pada tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan. Tuntutan ini berlaku  setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.                              [2m]

NASIONALISME DI INDONESIA                          ( buku teks mukasurat 19-20)
                                                                                                                                    
Tahap pertama  (Indonesia)
          Para nasionalis di Indonesia pada tahap pertama memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia. Contohnya Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang danPenulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan  penindasan oleh penjajah Belanda. Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.                       [6m]

            Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan lslam yang sebenarnya. Selain itu untuk menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Pertubuhan ini banyak membina sekolah, klinik dan masjid.                                                                             [3m]

Tahap kedua (Indonesia)
          Tahap Kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal . Contohnya Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia. Taktik yang digunakan ialah cara kekerasan. PNI di bawah pimpinanSoekarno begitu popular. Ini kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia. Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin yang radikal  Antaranya termasuklah Soekarno. Seterusnya Belanda telah mengharamkan PNI.                                                                          [6m]






NASIONALISME DI INDOCHINA (b.teks mukasurat 20-21)

Tahap pertama (Indo China)
          Gerakan nasionalisme di IndoChina tahap pertama lebih tertumpu di Vietnam. Gerakan ini  dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.                                                                                                                [3m]

           Mereka memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja. Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat dalam kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini ialah Phan Boi Chau. Beliau telah  memimpin satu gerakan revolusi. Tetapi gerakan tersebut gagal. Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH). Kemudiannya telah  melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin . Juga melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan. VNQPH diharamkan oleh Perancis.
                                                                                                                                         [7m]
                                                                                   
Tahap kedua (Indo China)    
Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal. Gerakan nasionalisme tahap kedua memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).                                                                                                              [2m]
                                                                                                              
                   Perancis bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD. Termasuklah menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong. Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat.  Malah baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.                                                        [4m]

NASIONALISME DI BURMA                                          ( buku teks mukasurat 21-22)

Tahap pertama (Burma)
          Gerakan nasionalisme tahap pertama di Burma memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat. Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.                                      [2m]                                                                                                                
         
Penubuhannya adalah bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha. Selain itu untuk memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma. Pertubuhan ini menggunakan Isu Kasut. Tujuan untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.                    [3m]

          Menjelang tahun 1916, Persatuan Belia Buddha telah dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal. Contohnya U Ba Pe. Pemimpin-pemimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma pada tahun 1920 yang lebih radikal.                                                                                                        [3m]


Tahap kedua (Burma)
          Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri. Menjelang tahun 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.                                                                                                   [2m]

          Gerakan nasionalisme seterusnya merupakan gerakan golongan sami Buddha. Perjuangan melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San. Pomberontakan tersebut diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaday. Kemudian muncul pula Liga Antipemisahan.  Mereka menganggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan.                               [4m]                                            
          Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada  tahun 1935. Objektifnya  untuk menuntut kemerdekaan. Para pemimpinnya terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Tuan". Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937. Beliau  telah dilantik  menjadi Perdana Menteri yang pertama.                                                [5m]

    NASIONALISME DI THAILAND  ( b.teks mukasurat 22-23)
    Mengapakah gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza    dengan negara-negara
    Asia Tenggara   yang lain?

Tahap pertama (Thailand)
          Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat anti-penjajah. Nasionalisme di Thailand pada tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja. Selain itu  penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.                                                               [3m]
                                                                                                                                                   
          Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal. Malah pendedahan berkaitan sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Ini membawa penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932. Parti ini ditubuhkan  oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932. Tujuannya untuk  menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
                                                                                                                                          [5m]


Tahap kedua  (Thailand)
          Gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.             [1m]                          
                                               
          Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri. Beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Malah sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha.                                                                                                                 [4m]

          Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada Thailand. Bermaksud Tanah Bebas. Hasil daripada bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.                                                                                  [3m]

26. Dasar-dasar penjajahan Barat yang mencetuskan gerakan  nasionalisme di
      negara-negara Asia   Tenggara

          Sistem birokrasi yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ini kerana telah  melenyapkan sistem pemerintahan beraja. Contohnya sistem residen. Sistem ini telah menyebabkan raja-raja dan pembesar tempatan telah kehilangan kuasa serta kewibawaan.  Hal ini menyebabkan timbulnya gerakan nasionalisme kerana rakyat tidak mendapat peluang yang sewajarnya sebagai penduduk peribumi.                                                                                                         [3m]

          Dasar ekonomi yang mengeksploitasi ekonomi penduduk tempatan. Contoh Sistem Polo di Filipina dan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia. Sistem ini menyebabkan rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Akibat kemiskinan rakyat menyebabkan mendorong mereka menuntut pembaikan terhadap taraf hidup.                    [3m]

          Dasar pendidikan penjajah juga antara faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan. Mereka hanya memberi keutamaan kepada golongan elit dan penduduk bandar sahaja. Contohnya, di Indonesia, anak golongan priyayi diberi pendidikan berasingan daripada anak orang kebanyakan. Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. Kesan dasar ini menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.                                       [4m]

27. Bagaimanakah Barat mengekang / menghalang kebangkitan nasionalisme di Asia
      Tenggara

          Pada tahap pertama, cara yang digunakan oleh kuasa imperialisme Barat menghalang / mengekang penentangan mereka ialah dengan bertindak menangkap pemimpin-pemimpin yang menentang mereka. Contohnya Jose Rizal yang menentang Sepanyol di Filipina dibuang negeri ke Dapitan Mindanao. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong dibuang ke Makkah. Selain itu, mereka juga telah dihukum mati. Contohnya  Tok Janggut di Tanah Melayu, Jose Rizal dan Andres Bonafacio di Filipina. Tindakan imperialisme Barat ini telah berjaya mengekang kebangkitan penentangan buat seketika
                                                                                                                                        [6m]

Imperialisme Barat juga menggunakan kuasa sultan. British misalnya telah menggunakan nama Sultan Terengganu untuk menghadapi penentangan Haji Abdul Rahman Limbong. Selain itu menggunakan Sultan Pahang untuk menghadapi penentangan Dato’ Bahaman. Ini kerana British memahami psikologi penduduk tempatan yang tidak akan menderhaka kepada sultan mereka. Ini menunjukkan bahawa imperialisme Barat telah mengkaji kekuatan dan kelemahan penduduk yang dijajah oleh mereka.                                                                                                                              [4m]

Pada tahap kedua, imperialisme menggunakan cara yang lebih halus dan diplomasi. British memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris di Burma dan Tanah Melayu.  Sepanyol pula menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan. Ini bertujuan untuk mendidik anak tempatan menjadi tali barut dengan penerapan idealisme dan dakyah penjajah. Kesannya, muncul golongan-golongan yang mendokong sistem penjajah di seluruh Asia Tenggara atas alasan pemodenan.                                 [4m]

Apabila penduduk tempatan menjalankan gerakan yang lebih tersusun melalui penubuhan parti-parti politik untuk menentang secara radikal, imperialisme telah bertindak menangkap pemimpin-pemimpin. Contohnya  Phan Boi Chau dan Soekarno. Parti-parti pimpinan mereka  iaitu Viet Nam Quang Phu Hoi dan Parti Nasional Indonesia diharamkan. Imperialialisme hanya membenarkan parti-parti politik yang bersifat sederhana dalam perjuangan mereka. Contohnya Parti Nasional Filipina untuk melewatkan kebangkitan penentangan.                                                                    [4m]
                                                                                         
28.Kepentingan / Kebaikan/ Manfaat  / Faedah / Impak / Kejayaan  nasionalisme

          Kepentingan nasionalisme kepada negara ialah dapat melahirkan rakyat yang  mempunyai semangat patriotik dan jati diri yang kuat. Melalui sikap ini rakyat  dalam menghadapi sebarang ancaman luar. Sebagai contohnya, pencerobohan di Lahad Datu telah dapat ditangani oleh pihak kerajaan dengan jayanya. Ini jelas menunjukkan rakyat sanggup berkorban untuk negara. Malah sanggup demi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara dapat dipertahankan.                                                                [4m]

          Selain itu nasionalisme penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.  Caranya melalui pengamalan semangat bekerjasama daripada pelbagai kaum. Pihak kerajaan telah mengadakan beberapa program  Contohnya penganjuran sambutan perayaan Majlis Rumah Terbuka Satu Malaysia. Melalui program ini dapat menyemarakkan hubungan antara kaum. Kesannya perpaduan pelbagai kaum dapat diperkukuhkan.                                                                                                                 [4m]
          Semangat nasionalisme yang mantap  akan dapat  mendorong rakyat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara. Contohnya negara kita merupakan pengeluar hub halal yang telah mendapat pengiktirafan dari luar negara. Kesungguhan ini akan meningkatkan produktiviti negara..Seterusnya negara mampu bersaing dengan negara maju yang lain. Kesannya pendapatan negara akan dapat ditingkatkan.                       [4m]
                
29. Gerakan Nasionalisme banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
      Bincangkan.

          Gerakan nasionalisme dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Kestabilan politik ini dapat menjamin keharmonian negara. Oleh itu rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Politik yang kukuh dapat menghalang kuasa asing campur tangan dalam politik negara. Oleh itu rakyat perlu bersama-sama membantu mempertahankan negara dari anasir-anasir luar                                                                [3m]

          Melalui gerakan nasionalisme dapat membangkitkan kesedaran kepada rakyat. Contohnya dapat menjana kemajuan ekonomi negara. Dimana semua rakyat bersepakatan untuk menceburi dalam pelbagai bidang pembangunan negara. Maka pelabur asing akan tertarik untuk membuat pelaburan di Malaysia.  Contohnya  di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor dan wilayah ECER. Kesannya dapat meningkatkan ekonomi negara.                                                                              [3m]

          Antara manfaat lain gerakan nasionalisme kepada masyarakat setempat ialah dapat mewujudkan semangat saling bekerjasama. Melalui kerjasama dapat memupuk nila bertolenrasi  antara satu sama lain. Hubungan yang erat ini membolehkan kemajuan dan pembangunan dapat dicapai. Impaknya masyarakat setempat dapat hidup bebas dan  mengamalkan agama, kebudayaan serta adat resam masing-masing.                              [3m]

                   Gerakan nasionalisme yang menentang pengaruh kuasa Barat boleh mengekalkan sistem pemerintahan dan budaya masyarakat setempat. Gerakan nasionlisme membolehkan keutuhan, kedaulatan dan maruah negara dipertahankan. Contohnya Malaysia hari ini terkenal dipelosok dunia kerana kemajuan pentadbiran dan kebudayaan yang unik dan menarik.                                                                                   [3m]

          Manfaat lain daripada gerakan nasionalisme ialah dapat mempertahankan tanah air daripada terus dijajah, Ini membolehkan masyarakat dapat menikmati kekayaan hasil bumi mereka. Mereka  tidak akan ditindas dan tenaga mereka tidak akan diperas oleh kuasa asing. Kesannya masalah mengekspolitasi tenaga buruh dapat dielakkan.        [3m]
                             


                                                                                                    
30. Faktor semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur

          Faktor semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur kerana menularnya gejala sosial . Gelaja ini telah  meruntuhkan akhlak masyarakat.Contohnya remaja hari ini terlibat dengan gejala dadah. Akibatnya membawa kepada  kes pecah rumah, merompak dan membunuh. Natijahnya perlakuan ini menggugat ketenteraman awam.                [4m]

          Faktor seterusnya kerana kemasukan pengaruh luar. Pengaruh ini telah  membawa kesan negatif terhadap generasi muda. Ini adalah hasil daripada perkembangan industri hiburan dari luar negara tanpa batasan. Akibatnya membawa kepada perkembangan budaya pergaulan bebas dan pesta arak. Kesannya remaja hari hilang nilai-nilai murni.
                                                                                                                                     [4m]

          Faktor lain ialah generasi kini tidak memahami dan menghayati maksud patriotisme dengan lebih mendalam. Dengan ini mereka tidak berusaha untuk menghayati perjuangan nasionalis terdahulu yang menentang penjajahan British. Mereka juga tidak mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh pejuang terdahulu. Contohnya Tok Janggut, Rentap dan Dato Maharaja Lela. Impaknya mereka tidak mengambil peduli isu-isu nasional berkaitan dengan negara kita. Contohnya isu gerakan militan (DAESH) dan pencerobohan Lahad Datu.                                                                               [5m]

31. Kesan / akibat / Impak sekiranya warganegara tidak  mempunyai semangat
       Nasionalisme

          Kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat nasionalisme ialah akan wujudnya masalah perpaduan kaum. Hal ini menyebabkan negara tidak akan aman akibat perpecahan kaum. Contohnya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah membawa kepada terpalitnya sejarah hitam dalam negara kita yang telah mencetuskan huru-hara. Justeru semangat nasionalisme perlu diperkukuhkan kembali demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu.                                                              [4m]

          Sekiranya rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme, mereka tidak mempunyai perasaan sayang kepada negara. Mereka tidak berusaha untuk mempertahankan negara dari diganggu gugat oleh anasir luar. Sebagai contohnya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu. Sehingga ada segelintir rakyat tempatan yang bersubahat dengan kumpulan militan. Malah mereka bertindak melindungi kumpulan tersebut daripada pihak keselamatan. Kesimpulannya semangat cintakan negara perlu disemai sedari kecil lagi dalam kalangan masyarakat.                                            [4m]

          Seterusnya kelunturan semangat nasionalisme juga membawa kepada tindakan segelintir individu yang sanggup menjatuhkan imej negara. Tindakan mereka ialah  melakukan perlakuan yang negatif . Contohnya menghina lagu Negaraku. Malah ada yang sanggup memijak bendera. Ada juga yang menghina pemimpin negara. Kesannya nama baik negara akan terjejas di mata dunia. Oleh itu, kita sebagai warganegara perlulah berusaha untuk meningkatkan jati diri dan maruah negara.                                            [4m]
                                                                                                                                        
32. Semangat Nasionalisme boleh menjamin kedaulatan Negara.
         
Semangat nasionalisme boleh menjamin kedaulatan negara iaitu semangat nasionalisme yang utuh akan melahirkan warganegara yang setia kepada negara. Dalam hal ini mereka akan rela berkorban demi negara. Contohnya mereka sedia mempertahankan negara jika diancam musuh.  Kesannya negara kita akan kekal aman dan harmoni.                                                                                                                [3m]

          Seterusnya semangat nasionalisme yang tinggi akan melahirkan rakyat yang berani menghadapi cabaran. Rakyat tidak mudah berputus asa dalam perjuangan mereka. Contohnya mereka akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri.  Impaknya akan melahirkan masyarakat yang berdaya saing.                                                                   [3m]
                                               
          Di samping itu, warga negara yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada penjajahan. Mereka akan akur terhadap pemerintahan demokrasi. Malah mereka sedar ia boleh menjamin keamanan dan keselamatan negara. Contohnya, semua kaum akan menanam taat setia kepada pemerintah negara Malaysia.  Kesannya boleh mengekalkan kemerdekaan negara.                                                                                                                          [4m]

          Akhirnya pemimpin yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha memperkenalkan dasar ekonomi yang adil dan saksama. Keadilan ini penting bagi menjamin keharmonian rakyat. Pada masa yang sama, pemimpin akan meningkatkan taraf hidup rakyat. Contohnya, dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas. Kesannya akan meningkatkan kesejahteraan rakyat.                                              [4m]

33. Kepentingan perpaduan untuk mengekalkan kemerdekaan.
         
Perpaduan penting untuk mengekalkan kedaulatan negara. Melalui perpaduan  juga dapat mewujudkan kestabilan politik negara. Kestabilan politik  menjamin kesejahteraan negara. Kesannya, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Politik yang kukuh dapat menghalang kuasa asing campur tangan dalam politik negara. Keadaan ini berlaku kerana semua rakyat bersat upadu mempertahankan negara.         [4m]
                                                       
          Seterusnya perpaduan juga dapat menjana kemajuan ekonomi negara. Kemajuan ekonomi tercapai  melalui kerjasama semua kaum. Justeru itu dapat mewujudkan keamanan negara  yang menarik minat pelabur asing  untuk membuat pelaburan di Malaysia. Contohnya di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor dan wilayah ECER. Kemajuan ekonomi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Malah dapat mengurangkan kadar pengangguran.                                                                    [5m]

          Perpaduan kaum dapat mengekalkan kedaulatan negara. Contohnya menerusi perpaduan antara kaum dapat mewujudkan  kepelbagaian budaya dan adat resam di Malaysia. Secara tidak langsung dapat   menggalakkan pembangunan  industri pelancongan negara. Kemajuan industri pelancongan dapat menjana kemakmuran ekonomi negara. Kesannya dapat meningkat imej negara  dimata dunia.                    [4m]                                                                      
          Dalam aspek sosial, masyarakat yang bertolak-ansur dapat menggelak berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham. Akibatnya  boleh menggugat kedaulatan negara. Masyarakat yang bertolak ansur dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Oleh itu kegiatan masyarakat dalam bidang ekonomi dapat dilaksanakan dengan efisien. Hal ini akan  membawa kepada perkembangan ekonomi. Kesimpulannya negara dapat mengatasi masalah kemelesetan ekonomi yang sedang melanda negara kita pada hari ini.          [4m]

34. Bagaimana semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam kalangan rakyat
      Malaysia?
         
Salah satu caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat nasionalisme sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat nasionalisme sebati dalam diri pelajar. Semangat ini akan terus diamalkan hingga dewasa. Rakyat perlu elak daripada melakukan perkara-perkara yang akan mencemarkan nama negara. Contohnya permerdagangan manusia di luar negara. Perkara ini penting kerana  dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara.                                                                                                                       [5m]                                      
                                              
          Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Contohnya kempen “Negara Kita Tanggungjawab Kita”. Kempen ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Impaknyai akan mendorong masyarakat untuk terus taat setia kepada negara.                                                           [4m]

          Semangat nasionalisme juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan kepada rakyat betapa pentingnya menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan pemimpin yang terdahulu . Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.                                                                                                                                [4m]




35.Bukti semangat nasionalisme semakin kukuh dalam jiwa masyarakat Malaysia
      hari ini.

          Kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta negara kita dalam sukan peringkat antarabangsa telah membuktikan semangat nasionalisme yang semakin kukuh dalam jiwa mereka. Mereka berjuang berhabis habisan dalam menjuarai setiap acara yang dipertandingkan. Contohnya semasa Sukan SEA 2017. Malaysa telah menjuarai sukan tersebut dengan mendapat sebanyak 145 pingat emas.                                                     [4m]
                                                                       
          Seterusnya, semangat “Malaysia Boleh” telah dipraktikkan oleh masyarakat kita hari ini. Hal ini dapat dilihat dengan kejayaan lima anak muda FELDA yang berjaya menawan Gunung Everest .Ini membuktikan bahawa kemampuan rakyat kita setanding dengan masyarakat luar. Hal ini secara langsung dapat memperkukuhkan jati diri rakyat Malaysia.                                                                                                                          [4m]
         
Seterusnya, Konsep 1 Malaysia telah berjaya di pratikkan di negara kita. Perkara ini telah mengeratkan hubungan antara kaum di negara kita. Contohnya  sambutan perayaan peringkat kebangsaan seperti Rumah Terbuka 1 Malaysia. Program ini telah berjaya diadakan dan dihadiri oleh pelbagai kaum. Ironinya perpaduan kaum bertambah erat.  
                     [4m]
                                                                                                            
36. Ekonomi negara kita masih lagi dijajah.
     Adakah anda bersetuju dengan pernyataan  tersebut.

Bersetuju
          Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana lambakan barangan luar negara di pasaran tempatan. Ini telah membuktikan mereka menguasai ekonomi negara.  Mereka mendirikan pasaraya besar dan menguasai peniagaan borong dan runcit. Antara contoh ialah pasaran TESCO, AEON, IKEA dan sebagainya telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Barangan Barat seperti Pepsi, Milo, maggi dan sebagainya telah berada di seluruh stesyen minyak dan kedai runcit tempatan. Situasi ini jelas telah menyebabkan barangan tempatan tidak mampu bersaing. Malah memberi kesan negatif kepada peniaga                                                                                                                    tempatan.                                                                                                                 [5m]
         
Syarikat pemasaran asing turut menguasai pasaran negara. Perkembangan ekonomi global telah menyebabkan mereka bebas menggunakan teknologi maklumat untuk menguasai pasaran negara. Antara contohnya ialah penggunaan media social facebook, Instagram, you tube dan sebagainya digunakan untuk menembusi pasaran Malaysia. Hal ini telah menyekat perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS). Kesannya akan  merugikan peniaga tempatan.                                                                                           [4m]

          Penguasaan teknologi maklumat turut membantu negara luar memudahkan penguasaan ekonomi negara. Antaranya mereka menghasilkan aplikasi-aplikasi canggih untuk mendapatkan keuntungan ekonomi daripada negara kita. Sebagai contoh UBER, GRAB,  dan sebagainya. Tindakan tersebut dengan  mudah mendapat tempat di hati pelancong asing dan rakyat Malaysia.  Kesannya ramai pemandu teksi di negara kita tidak dapat bersaing dengan mereka. Malah telah menyekat sumber pendapatan rakyat Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka telah menjajah secara tidak langsung di negara kita.                                                                                                [4m]

Tidak bersetuju
          Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, . Sebagai contoh ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus. Malah  pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion. Ini jelas membuktikan Malaysia mampu membangunkan ekonomi negara dengan berkesan.                                                                                   [3m]

          Malaysia mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa. Ini membuktikan dasar yang kerajaan laksanakan untuk terus mengukuhkan ekonomi negara adalah langkah yang tepat. Sebagai contoh antaranya agensi antarabangsa Price water House Coopers yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 kuasa besar ekonomi dunia.                [2m]                                                                
                   Selepas kemerdekaan, Malaysia juga telah berjaya memajukan ekonomi. Buktinya berlaku penurunanan kadar kemiskinan negara.  Contohnya  penurunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010.  Hal ini jelas menunjukkan negara telah berjaya memajukan ekonomi yang memberi manafaat kepada Malaysia.                                                                                    [3m]
37. Huraikan peranan anda untuk memperkasa semangat nasionalisme

          Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Melalui ilmu pengetahuan saya dapat memberi sumbangan untuk membangunkan Negara  Saya juga perlu mengamalkan sikap bertoleransi. Seterusnya mengukuhkan kerjasama antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan. Menyentuh perkara sensitif yang melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan, adat, bahasa dan sebagainya perlu dielakkan. Malah segala permasalahan perkauman perlu dibincang dengan hati dan fikiran yang terbuka.                                                                                                [4m]
         
          Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa mengamalkan dan menghayati kandungan Rukun Negara. Bagi aspek “Kepercayaan Kepada Tuhan” saya sentiasa mematuhi ajaran agama. Ini kerana mengamalkannya saya akan menjadi warganegara yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat menghindari diri saya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan merugikan negara. Contohnya  vandalisme, gangsterisme, membuang masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan agama dan nilai-nilai moral akan mengukuhkan jati diri.  Kesannya saya dapat menangkis pengaruh-pengaruh luar yang negatif.                                                                    [4m]

          Selain itu saya akan sentiasa mematuhi untdang-undang negara. Ini akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam masyarakat. Keamanan membolehkan kehidupan yang berkait dengan ekonomi, social dan politik dapat berjalan dengan lancar.                                                                                                          [2m]

          Saya akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selain bersopan santun dan bertatasusila, saya juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. Contohnya  bersikap amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati, yakin pada diri sendiri dan sebagainya. Amalan nilai murni seperti ini akan menjadikan saya seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sikap ini menjadikan aset negara yang berguna.
                [3m]

38. a) Cabaran Malaysia dalam  usaha mengekalkan kemerdekaan negara
      b) Cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang patriotik

Cabarannya adalah negara kita yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Terdapat segelintir rakyat Malaysia cuba mengeruhkan hubungan harmoni antara kaum. Objektifnya demi mencapai matlamat dan cita-cita politik mereka. Mereka menghidupkan api perkauman. Contohnya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Impaknya akan menimbulkan perasaan curiga antara kaum di negara kita. Malah akan  menghakis kepercayaan sesama mereka.                                                                                                                [5m]                                                                                              

          Cabaran lain ialah untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh. Hal ini  memastikan momentum pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara berada di landasan yang betul. Contohnya dalam memulihkan kembali nilai mata wang negara. Kesannya akan menarik pelabur asing untuk melabur ke negara kita.                         [4m]
                                                                                                                                   
Selain itu perbezaan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Ada segelintir pihak yang memainkan isu-isu keagamaan. Akibatnya boleh menjejaskan keharmonian kaum. Sebagai contoh isu kedai dobi hanya untuk orang Islam sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan segelintir masyakat bukan Islam tidak berpuashati dengan tindakan tersebut. Keadaan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.                                  [5m]

          Cabaran seterusnya ialah pengaruh budaya negatif dari negara luar. Budaya luar ini jelas bertentangan dengan nilai moral dan normal masyarakat Malaysia. Contohnya budaya barat seperti pergaulan bebas lelaki perempuan. Keadaan ini telah membawa kepada hilangnya budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan adat ketimuran.                                                                                                                                                                     [4m]



         
39.Langkah untuk memastikan negara terus dapat mengekalkan kemerdekaannya
         
Antara langkah untuk memastikan negara terus dapat mengekalkan kemerdekaan negara kita ialah kita mesti setia kepada raja dan negara. Setiap  warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.  Baginda menjadi lambang perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jelaslah bahawa kesetiaan sangat penting bagi menjaga keselamatan dan perpaduan negara.                                                                                                                             [4m]

          Langkah lain ialah kita mestilah mendukung prinsip Rukun Negara.   Hal ini kerana ianya dapat menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama. Sebagai contoh, rakyat Malaysia sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Prinsip hidup ini boleh dijadikan panduan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti dan bersatupadu.                                                                               [4m]

          Langkah seterusnya ialah  mewujudkan kerjasama antara kaum. Melalui kerjasama dapat melahirkan rakyat Malaysia yang  harmoni. Sebagai contoh rakyat Malaysia bersama-sama menyokong pasukan negara semasa Sukan SEA 2017. Mereka menyokong tanpa mengira bangsa dan kaum demi menunjukkan kesetiaan dan kebanggaan kepada negara. Hal ini akan dapat merealisasikan Konsep Satu Malaysia yang menjadi cita-cita negara.                                                                                                                       [4m]

          Walau bagaimanapun, tanpa jati diri yang tinggi sukar untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.  Semangat ini akan melahirkan rasa kebanggaan dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta. Sebagai contoh rakyat Malaysia yang telah lama menetap di luar negara tetap mengekalkan identiti dan kewarganegraan Malaysia.  Hal ini sangat penting dan menjadi resepi  kepada kestabilan dan kedaulatan negara.                                                                                                     [4m]

40. Cabaran untuk menyemarakkan semangat nasionalisme atau cintakan negara dalam
      kalangan   generasi muda masa kini  dan Langkah mengatasinya
         
          Cabaran  yang dihadapi ialah tiada perasaan cinta akan negara di kalangan generasi muda masa kini. Hal ini berpunca daripada kurangnya kesedaran dalam diri tentang pentingnya semangat nasionalisme. Contohnya generasi muda masa kini lebih kepada penggunaan gajet yang keterlaluan. Kesannya kehidupan seharian mereka tersisih daripada kehidupan bermasyarakat.                                                                            [4m]

          Cabaran lain ialah  generasi muda leka dengan lambakan hiburan yang berleluasa. Hal ini akan melalaikan mereka. Malah generasi muda akan lupa peranan  mereka terhadap negara. Contohnya lambakan pusat-pusat hiburan seperti kelab malam. Kesannya  membawa kepada gejala-gejala yang tidak sihat yang akan menghakis semangat patriotik dalam diri.                                                                                              [4m]
                                                                              
          Cabaran seterusnya ialah pengaruh media massa. Contohnya  media cetak dan media elektronik seperti akhbar, majalah dan internet. Pengaruh media massa boleh membawa kepada terjerumusnya remaja dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Contohnya penagihan dadah. Kesannya membawa kepada masyarakat yang kurangnya nilai murni dalam kehidupan mereka. Oleh itu semangat untuk menjaga kedaulatan negara akan pudar.                                                                                                                       [4m]

Cara / Langkah mengatasinya
          Langkahnya ialah mengadakan kempen mencintai negara. Dengan adanya kempen ini ianya akan memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya semangat nasionalisme. Contohnya kempen Bulan Kemerdekaan yang dilaksanakan di sekolah. Melalui kempen ini generasi muda akan didedahkan tentang perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara. Kesannya generasi muda akan merasa bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga nama baik negara.                                                                         [4m]

          Langkah lain ialah merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Satu Malaysia. Hal ini akan menjadikan mereka berinteraksi dengan pelbagai kaum. Malah akan menjadikan mereka lebih serasi antara satu sama lain. Contohnya mengadakan sambutan Hari kemerdekaan di sekolah yang melibatkan pelbagai kaum. Kesannya akan menyemarakkan semangat nasionalisme dan perpaduan antara kaum.                         [4m]
                                                                                                                                                                  
          Langkah seterusnya ialah  semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam mata pelajaran sejarah dan juga matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah-sekolah. Hal ini dapat memberi kesedaran dan pemahamaman tentang perjuangan yang telah dilakukan untuk mendaulatkan negara. Kesannya akan menaikkan nilai patriotisme dalam diri generasi muda masa kini                                                                                          [4m]

41. Cabaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita dan
       langkah  mengatasinya
         
Antara cabaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita ialah kewujudan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya antara Melayu, Cina dan India. Ini akan mewujudkan kepelbagaian bahasa, budaya dan agama. Kesannya kurangnya interaksi dalam masyarakat pelbagai kaum.                         [3m]
                                                                                                                     
          Cabaran lain ialah terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab gemar memainkan isu-isu sensitif berhubung kaum dan agama  di media sosial.  Perkara ini akan menyinggungkan perasaan kaum yang lain. Contohnya tidak menghormati budaya dan agama kaum lain. Kesannya akan mencetuskan permusuhan antara kaum yang akan menggugat keamanan negara.                                                                                     [4m]

          Cabaran seterusnya ialah masalah integasi antara wilayah. Sifat kenegerian yang begitu menebal menyebabkan kurangnya persefahaman antara penduduk Malaysia. Terutamanya antara penduduk Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah. Contohnya perlawanan bola sepak yang membawa kepada perbalahan antara penyokong kedua-dua belah. Kesannya menyebabkan wujudnya pandangan yang negatif terhadap penduduk di negeri lain.                                                                                                      [4m]

Cara / Langkah mengatasinya
          Langkah untuk, mengatasi isu di atas, pihak kerajaan perlu melaksanakan konsep 1 Malaysia dalam pelbagai bidang.  Kebudayaan masyarakat berbilang kaum perlulah dipaparkan dalam media massa, terutamanya media elektronik.  Contohnya Rumah Terbuka 1 Malaysia perlulah diadakan sempena perayaan masyarakat berbilang kaum. Tujuannya untuk  membolehkan rakyat mengenali kebudayaan kaum yang lain.       [4m]

          Langkah lain ialah pihak kerajaan perlulah berusaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah memperkasakan bahasa Inggeris. Peranannya supaya rakyat Malaysia mudah berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya kempen Bahasa Jiwa Bangsa perlu disemarakkan semula. Hal ini boleh membawa kepada perasaan kebersamaan antara kaum.                                               [4m]

          Langkah  seterusnya pihak sekolah haruslah memainkan peranan mendidik generasi muda sejak dari bangku sekolah. Pelajar digalakkan terlibat dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Tujuan untuk memupuk sikap bergaul secara sihat.  Contohnya Program RIMUP. Melaluinya pelajar dididik agar mengenali dan menghormati kaum yang lain. Misalnya dari segi budaya, adat dan agama.  Kesannya dapat menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.                          [4m]

          Selain itu, langkahnya ialah pihak kerajaan haruslah mengukuhkan integrasi nasional secara menyeluruh. Dengan ini dapat mendedahkan cara hidup penduduk di setiap wilayah. Malah dapat menyemai  sifat toleransi antara kaum. Contohnya melalui  media massa yang menyiarkan dokumentari tentang kebudayaan etnik-etnik di Malaysia.  Kesannya masyarakat dapat mengetahui kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia lain.  Kesannya boleh membawa kepada kesejahteraan rakyat.  [4m]

42. Usaha / Langkah / Cara / Tindakan memupuk semangat patriotisme dalam
       warga Malaysia
         
Antara langkahnya ialah kita mesti setia kepada raja dan negara. Caranya ialah dengan menghormati dan menerima institusi raja berpelembagaan yang menjadi lambang perpaduan rakyat Malaysia. Seterusnya rakyat  mestilah mendukung prinsip Rukun Negara. Melaluinya dapat melahirkan rakyat yang berkualiti dan bersatu padu.Impaknya  dapat membentuk jati diri masyarakat yang kukuh.                           [4 m]
                                     
             Langkah lain ialah  kita mestilah menjaga keselamatan negara. Tindakannya ialah mematuhi undang-undang. Dengan ini dapat  mewujudkan persekitaran kondusif. Seterusnya dapat menjamin pembangunan ekonomi negara. Contohnya dengan bergabung tenaga bagi membenteras anasir-anasir luar yang cuba untuk menjatuhkan negara kita. Kesannya akan mengekalkan kemerdekaan negara.                            [4m]

          Langkah seterusnya ialah pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran  melalui media massa. Melalui kempen  perpaduan dapat dipupuk di kalangan masyarakat negara kita. Contohnya Kempen Cintai Negara Kita. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat nasionalisme ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.                                                                          [4m]

          Selain itu, langkahnya ialah  mengadakan Program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini terbukti dapat  memperkukuh jati diri. Malah dapat menyemai semangat nasionalisme pelajar. Malah dapat mempertahankan kedaulatan negara. Contohnya pelajar-pelajar lepasan SPM hari ini terlibat dalam kursus Khidmat Negara sebelum mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Secara tidak langsung dapat memberi kesedaran akan tanggungjawab mereka sebagai generasi Pembina Negara Bangsa Malaysia yang berdaulat.                                  [5m]                                                                                
                                                                                                                                                         
          Langkah terakhir ialah  mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan perlu dimantapkan kurikulum dan perlaksanaanya  di sekolah. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kekitaan kepada negara dan bangsa. Impaknya dapat melahirkan warganegara yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.                       [3m]

                                                                                                     
43. Iktibar yang diperoleh dalam usaha menjadikan negara  kita aman dan makmur serta
      bebas daripada   penjajahan bentuk baru.
         
Iktibar yang diperoleh ialah perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Melalui perpaduan dapat menyumbang kepada keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara. Sikap tolak ansur dan saling hormat menghormati walaupun berbeza budaya dan agama mengukuhkan negara. Malah tiada bagi  bagi kuasa asing untuk  campur tangan dalam pentadbiran negara.                                                                   [3m]

          Iktibar lain ialah  sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempunyai semangat inovasi. Melalui semangat ini dapat  meningkatkan pencapaian dan  taraf hidup dalam masyarakat. Kita juga perlu bersikap terbuka bagi menerima pengaruh luar yang positif. Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kegemilangan negara.                          [3m]  
    
          Iktibar seterusnya ialah  kita mestilah mematuhi undang-undang negara. Dengan ini dapat menjamin keamanan rakyat.  Justeru itu, perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu diwujudkan  dengan cara bekerjasama demi kesejahteraan.                            [2m]                                                                             
          Iktibar lain ialah kita juga perlu mempunyai sikap tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang diberi. Melalui sikap ini dapat menjamin kejayaan seseorang individu dalam kehidupan. Seterusnya, masyarakat mestilah sedar akan kepentingan ilmu . Ilmu penting dalam kehidupan sebagai asas kecemerlangan. Dengan demikian, keadilan dalam masyarakat dapat ditegakkan. Impaknya akan mengukuhkan keharmonian hidup.  [3m]                                                                                                                                                   
          Iktibar terahkhir ialah kita juga perlu berbangga dengan pejuang negara yang sanggup menggadaikan nyawa demi maruah tanah air. Semangat perjuangan mereka  perlu kita sanjungi.  Ini kerana mereka tabah menghadapi cabaran bagi memastikan keamanan negara kita dapat dipertahankan. Oleh itu, kita mestilah menghayati susah payah dan pengorbanan pejuang negara dalam membebaskan tanah air.                           [3m]                                                                                     
                                                                                                                   
44. Rumusan 1

Unsur Pengetahuan
          Kehadiran Imperialis barat untuk kepentingan ekonomi mereka telah mencetuskan gerakan  nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Pengenalan birokrasi barat telah mengubah sistem politik ekonomi dan sosial negara-negara di Asia Tenggara dengan mengamalkan diskriminasi dan penindasan terhadap penduduk tempatan.                      [2m]                                                                    
Unsur nilai dan patriotisme
          Rakyat pelbagai kaum perlu mengekalkan semangat perpaduan.Melalui perpaduan dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Perjuangan para nasionalis telah memperlihatkan semangat juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi. Mereka bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara. Rakyat dan pemimpin juga seharusnya mempunyai semangat sayangkan negara. Malah menyemai sikap sanggup berkorban. Impaknya dapat membebaskan diri daripada cengkaman penjajah.                                                                                                                   [4m]

Harapan
          Harapan saya agar pemimpin dan rakyat mengembleng tenaga untuk mempertahankan kedaulatan negara. Dengan ini dapat menyelamatkan negara daripada  jatuh ke tangan kuasa asing. Saya juga berharap agar generasi  muda dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme. Juga mempunyai sikap jati diri yang kental. Kesannya kemerdekaan negara dapat dipertahankan.                                                    [3m]




45. Rumusan 2


Pengetahuan yang saya peroleh daripada topik di atas ialah imperialisme Barat di
Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan. Mereka telah berjuang untuk menuntut pembaikan terhadap taraf hidup. Seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah.

Nilai-nilai murni daripada topik di atas ialah semangat bertoleransi akan dapat memupuk kerjasama yang erat antara kaum. Persefahaman rakyat akan mewujudkan keharmonian dalam kehidupan.

Unsur patriotisme yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat ialah setiap
rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara. Kita harus
berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara . Selain itu perlu mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.

Harapan saya agar semua rakyat Malaysia memiliki semangat cinta akan negara
yang tinggi. Selain itu berusaha mempertahankan kemerdekaan negara. Saya juga berharap agar rakyat Malaysia terus berusaha memajukan negara. Kesannya kita dapat  mewariskan suasana kehidupan yang aman dan bahagia kepada generasi berikutnya.























                                                                                                                         LAMPIRAN

KATA TUGAS
RESPONS YANG DIHARAPKAN
Apakah
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
Takrifkan
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology
Bagaimanakah
Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara / keadaan / langkah / kejadian
Bincangkan
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Jelaskan
Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami
Kemukakan
Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang
Mengapakah
Memberi sebab/punca /faktor sesuatu peristiwa atau perkara.
Nyatakan
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan
Tafsirkan
Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi
Terangkan
Menyatakan fakta dengan sokongan/bukti/menjelaskan sesuatu dengan sebab yang munasabah/relevan.
Tunjukkan/
buktikan
Menyatakan sesuatu dengan bukti /hujah yang kukuh berkaitan tentang sesuatu perkara atau peristiwa
Bezakan
Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
Bincangkan
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Ulas/hujah
Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik
Bandingkan
Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara
Cadangkan
Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negative
Huraikan
Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / secara terperinci/ada perkembangan isi dan mampu memberikan contoh yang jelas.
Ramalkan
Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu
Hubungkaitkan
Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri / faktor/mengaitkan di antara satu fakta dengan fakta yang lain yang berkaitan dengan faktor/peristiwa.
Syorkan
Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif
Nilaikan
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
Wajarkah
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan
Galurkan
/perkembangan
Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi
Sejauh manakah
Calon boleh setuju sepenuhnya, membantah sepenuhnya pernyataan itu, atau setuju dan juga menentang pernyataan itu. Hal ini kerana pernyataan itu memberi kebebasan untuk calon memberi pendirian mereka.
Contoh: Sejauhmanakah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan rantau ini?
Pelajar perlu memberikan jawapan yang menyokong sepenuhnya iaitu memberikan bukti dan hujah yang relevan/ tepat.
Contoh jawapan: Malaysia mampu menjadi pusat kecemerlangan Pendidikan kerana negara kita mempunyai prasarana yang lengkap.  Kemudahan yang lengkap membantu memudahkan pelajar membuat rujukan atau kajian mendalam tentang ilmu pengetahuan. Antara contoh prasarana tersebut ialah jalur lebar yang meluas dan perpustakaan yang digital.  Kesannya Universiti tempatan telah berjaya mendapat rangking universiti terbaik dunia. Universiti Malaya  kini berada pada kedudukan ke-114 universiti terbaik dunia

Makna istilah/maksud perkataan

ISTILAH
MAKSUD/ MAKNA/ TAKRIFAN
Alaf baru
Alaf : 1000 tahun lamanya/  milenium;
baru  :tempoh masa selepas alaf terdahulu.
Berorganisasi
Mempunyai organisasi/ ter­susun dengan baik dan rapi
Birokrasi
Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai yang tidak dipilih oleh rakyat /cara pemerintahan yang sangat-sangat dikuasai oleh pegawai kerajaan/cara pentadbiran yang banyak melibatkan peringkat dan peraturan.
Bolot/membolot
Membolot mengambil atau memperoleh kesemuanya sebagai hak sendiri dan tidak ada untuk orang lain/ memonopoli
Ekploitasi
Pemanfaatan untuk keuntungan sendiri/ pemerasan.
Eksekutif
orang atau sekumpulan orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab dalam pentadbiran atau dalam pengurusan sesebuah organisasi. 
Globalisasi
Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi Maklumat /mengglobalisasikan menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi/ kebudayaan dan sebagainya keperingkat dunia.
Hedonisme
Pegangan atau pan­dang­an hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.
Intelektual
Orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan. Mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir (menggunakan akal budi)
Luntur
Tidak turun warna/ berubah,/bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dan sebagainya.
Neokolonialisme
Peluas­an pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar keatas negara lain yang baru merdeka, ter­utamanya melalui tekanan ekonomi.
Pemodenan
Perbuatan atau hal memodenkan/ pembaharuan.
Radikal
Memperjuangkan (menyo­kong atau cenderung kepada) perubahan-perubah­an dasar pada bidang atau keadaanpolitik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, )/ parti yang akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri daripada parti pemerintah/tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yang melebihi pengalaman­nya ada tidak ada pula yang melebihinya.
Raja Perlembagaan
Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara
Kerajaan yang mengamalkan Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.
Revolusi
Perubahan sesebuah ke­rajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata/ Perubahan yang menyeluruh dan mendadak, terutamanya daripada segi cara berfikir dan bertindak.
Sistematik
Sesuatu proses, prosedur, atau acara yang dianjurkan dan mengalir dengan lancar.

Kata kerja yang mesti mempunyai ayat penyambut.

Kata kerja
ContohSubjek/kata peyambut
Memastikan
Keselamatan negara terjamin.
Menghargai
tokoh-tokoh negara.
Mengukuhkan
Kestabilan negara
Memupuk
Semangat patriotisme
Melengkapkan
Ilmu pengetahuan
Menimbulkan
Perasaan cintakan negara.
Mendapatkan
hak-hak
Mengamalkan
Semangat bersatupadu/ gaya hidup sihat.
Mengelak
Perselisihan kaum/perbalahan.
Mengekalkan
kemerdekaan/perpaduan rakyat.
Memperkenalkan
Sistem pemerintahan yang berkesan.
Mengadakan
Demontrasi secara aman.
Menjadikan
Negara aman dan makmur
Mewujudkan
Negara yang gemilang.
Memperkasakan
Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat.
Memartabatkan
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan
Mengukuhkan
Integrasi nasional secara menyeluruh.
Melaksanakan
Konsep Satu Malaysia
Menerapkan
Semangat perpaduan
Mendokong
Prinsip Rukun Negara.
Menghormati
Institusi Raja Berpelembagaan
Mendedahkan
Cara hidup bertoleransi.

1 comment:

  1. Assalam cikgu sarah, macam mana ye saya ingin hubungi cikgu sarah?

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6