Sunday 20 May 2018

Nota Tingkatan 4


NOTA INTI FAKTA

BAB 1  KEMUNCULAN
TAMADUN AWAL MANUSIA

Senaraikan dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho
              -Dinasti Shang          
              -Dinasti Chin
             -Dinasti Ching
              -Dinasti Chou            

Jelaskan  amalan keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho
·         Percaya pada animisme (kuasa ghaib)    
·         Percaya pada  banyak tuhan
·         Menyembah roh nenek moyang.
·         Menyembah Tuhan Syurga
·         Menyembah Tuhan bumi
·         Meyembah  sungai / bukit / gunung  
·         Percaya kepada dewa Shang-ti
·         Percayai konsep Yin dan Yang        
·         Upacara penyembahan melibatkan  muzik
·         Upacara penyembahan diketuai oleh  bomoh

Terangkan  sumbangan tamadun Hwang Ho dalam peradaban dunia

      Bidang politik 
                   -Gelaran raja ditukar kepada maharaja
        Bidang  pertanian
              -Membina  sistem pengairan
                 -Maju teknologi pembajakan
                 -Mencipta  cangkul
                 -Mencipta sabit
                 -Penggunaan batas   tanaman
        Sistem Tulisan
             -Digunakan  orang China  hingga
                   sekarang
                -Digunakan dalam  penulisan
                -Diajar di sekolah-sekolah di China
                -Digunakan oleh   orang Korea dan
                   Jepun.
        Sistem kepercayaan
                -Pemujaan roh nenek moyang
       
      Penciptaan kalendar
               -30 hari dalam sebulan
                  -360 hari setahun
                  -Menentukan musim menanam
                  -Menentukan upacara perkahwinan
      Bidang Falsafah
             - Amalan falsafah perang Sun Tzu
                 -Digunakan sebagai tektik dalam
                     perniagaan




BAB 2
TAMADUN CHINA
Nyatakan prinsip-prinsip undang-undang berteraskan falsafah legalisme   tamadun China

-Berteraskan dua prinsip utama.
                   *Hukuman berat.
                   *Bercorak kolektif.
 -Undang-undang   tegas dapat mengawal
    tingkah laku manusia.
-Tidak harus ada  belas kasihan dalam
    menjalankan undang- undang.
-Kuatkuasa  undang-undang harus  dijalankan
   dalam semua keadaan    
-Raja mesti memiliki kuasa yang utuh

Terangkan  kemajuan / sumbangan tamadun China dalam bidang ekonomi

Penciptaan kolar kuda
-Untuk menarik kenderaan 
-Menarik kereta kuda
-Untuk menarik tenggala kayu 
-Penggunaannya tidak melemahkan  kuda
-Penggunaannya tidak mencekik kuda
Kemajuan pertanian
-Mencipta alat pertanian
-Memperkenalkan penanaman bergilir 
-Membuat teres di kawasan bukit 
-Membina sistem pengairan  

Perkembangan perusahaan
-Perusahaan logam
-Perusahaan tembikar

Jalan perdagangan
-Wujud jalan Sutera Darat
-Wujud Jalan Laut

Kemajuan sistem perhubungan
-Pembinaan jalan raya
-Pembinaan Jambatan
-Penciptaan   kereta kuda
Jelaskan perkembangan sistem   peperiksaan awam dalam tamadun  China    

-Mengandungi tiga tahap
-Tahap pertama   
-Tahap kedua     
-Tahap ketiga  
-Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
-Peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
-Peperiksaan tahap ketiga  diadakan  di istana
-Lulus tahap pertama   menjadi pegawai kerajaan
-Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik
-Sistem peperiksaan awam  tertua di dunia
-Peperiksaan  dikendalikan dengan ketat
-Mereka  yang meniru   hukuman mati
-Calon dikurung   tiga hari untuk menulis
    jawapan

Terangkan sumbangan tamadun China dalam bidang seni bina                                                                        

Tembok besar China
-Dibina sepanjang 1500 batu
-Semasa Dinasti Ming,  panjangnya  6400 km   
-Bertujuan untuk  menghalang serangan luar
-Menggunakan tenaga melebihi 30 000 orang
Tembok batu
 -Terdapat di bandar purba China   
 -Setiap tembok mempunyai pintu gerbang
-Pintu gerbang   di kelilingi oleh parit besar 
-Parit besar untuk  menghalang ancaman  musuh

Kediaman Maharaja
-Dalam tembok  terdapat  istana Maharaja
-Istana yang kekal  ialah Kota Larangan
Dalam  istana ada banyak dewan 

Pembinaan Kuil  
-Mempunyai  tempat tinggal
-Mempunyai pusat pemujaan   

Pembinaan Pagoda
-Pagoda  tingginya hingga 15 tingkat
-Bentuk pagoda   biasanya  segi empat sama

Jelaskan sumbangan tamadun China dalam bidang sains dan teknologi

-Maju bidang Ilmu astronomi
-Memperkenalkan konsep  Yin  dan Yang   
-Menguasai ilmu pelayaran
-Mampu mencipta layar yang kuat
-Mampu mencipta perahu besar
-Kemajuan teknologi  mencipta kertas
-Pembinaan Tembok besar China
-Membina pagoda
-Membina kuil
-Membina pintu gerbang
-Membina tembok batu
-Membina jambatan
-Penciptaan kolar kuda
-Penciptaan alatan pertanian 
-Membuat tembikar

BAB 5

HIJRAH

Apakah maksud Hijrah dalam konteks Islam?       

- Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
-Perpindahan orang Islam dari Makkah ke
    Madinah.
 -Strategi baru untuk menyebarkan Islam.
 -Perjuangan   menegakkan kebenaran  .
 -Meninggalkan keburukan/kejahatan.  

Jelaskan faktor-faktor Nabi Muhammad  SAW  memutuskan untuk berhijrah ke Kota Madinah
-Pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi
-Perintah Allah menerusi wahyu  
-Penentangan   oleh orang Arab Quraisy 
 -Strategi  Nabi  untuk menyebarkan Islam.
-Mencari  tempat baru   untuk menyebarkan
    Islam
-Suasana aman di Madinah  
-Untuk mendirikan   kerajaan Islam
 -Jemputan orang Arab Madinah 
 -Orang Arab Madinah memerlukan  Nabi sebagai
     pemimpin
 -Untuk mendamaikan   suku Arab di Madinah                    

Mengapakah peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting dalam sejarah perkembangan Islam?
-Dakwah dapat dilaksanakan dengan aman
-Dakwah  dapat dilaksanakan tanpa berselindung
-Dapat mendamaikan   suku Arab di Madinah   
-Dapat menyatupadukan penduduk Madinah                               
-Membina masjid al-Nabawi 
-Wujud kalendar Islam    
-Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah  
-Membuktikan sikap tolong menolong dalam
   negara Islam perlu diamalkan 
-Membuktikan pengorbanan   sahabat Nabi  
-Membuktikan wanita   memainkan peranan
  dalam kemajuan negara.
- Menubuhkan negara Islam di Madinah      

PIAGAM MADINAH

-Sebuah perlembagaan bertulis yang  disusun
     oleh Nabi Muhammad SAW.    
-Perlembagaan berdasarkan wahyu Allah   

Terangkan isi kandungan Piagam Madinah

Jumlah fasal
       Mengandungi 47 fasal
              

Aspek politik
       -Nabi Muhammad  SAW   pemimpin di
            Madinah
       -Nabi  menjadi  hakim  
          
 Aspek agama
       -Masyarakat Madinah bebas beragama  
   
Aspek sosial     
       -Masyarakat Madinah  dilarang bermusuhan
           sesama sendiri  
     
Aspek perundangan 
      -Undang-undang Islam diguna pakai secara
          menyeluruh
             
Aspek ekonomi 
      -Masyarakat  diminta   memajukan ekonomi
        negara
      -Riba dihapuskan dalam sistem perniagaan

 Aspek pertahanan
        -Masyarakat dikehendaki mempertahankan
          Madinah

Kedudukan Yahudi
     -Rakyat Madinah
     - Dibenarkan tinggal di Madinah
      -Kedudukan terjamin selagi patuh pada
         Piagam Madinah 
      
       




Terangkan  mengapakah Piagam Madinah dianggap penting  dalam usaha penubuhan sebuah kerajaan Islam di Madinah?

Aspek politik
    -Perlembagaan   diterima  oleh semua
         golongan masyarakat
    -Mengatur   pemerintahan yang lengkap    
    -Sistem pemerintahan  meletakkan Allah
        sebagai  kuasa  tertinggi
                           
Aspek ekonomi
         -Amalan riba  tidak dibenarkan
         -Islam mementingkan keadilan dalam
               perniagaan
         -Amalan bersedekah digalakkan
         -Ekonomi Madinah meningkat  
                
Aspek sosial
           -Sifat bertimbang rasa digalakkan
           -Menekankan persamaan hak
           -Menekankan persaudaraan Islam
           -Membentuk masyarakat   bersatu padu 
           -Mempunyai undang-undang yang
               lengkap

BAB 6
KERAJAAN BANI  ABBASIYAH  DAN SUMBANGANNYA

Jelaskan sejarah pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah

-Pada mulanya gerakan dijalankan secara sulit
-Kemudian gerakan secara terbuka  
-Pusat operasi di Kufah/ Khurasan 
-Nama Abbasiyah mengambil  nama al-Abbas
    iaitu   bapa saudara Nabi Muhammad SAW   
-Mengamalkan pemerintahan bercorak warisan 
-Berlaku perpindahan pusat pemerintahan dari
    Damsyik ke Baghdad.
- Zaman kegemilangan semasa   Khalifah Harun
    al-Rasyid         


Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam bidang Ilmu pengetahuan

-Kota Baghdad  sebagai pusat intelektual
-Kota Baghdad sebagai pusat penyebaran ilmu
-Berlaku perkembangan  ilmu       
-Terbinanya  baitulhikmah  
 -Diasas oleh Khalifah Harun al-Rasyid
          Peranan Baitulhikmah
-Baitulhikmah  tumpuan  ilmuan
-Menterjemah   karya sains  daripada  bahasa
   asing
-Kerja-kerja penterjemahan dijalankan
   sistematik      
-Kerja- kerja penterjemahan  dijalankan  secara
     kumpulan.
-Kerja penterjemahan diawasi oleh seorang
     penyelaras. 
- Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga
     tahap
  Peranan Ulama
-Golongan ulama terlibat dalam penulisan
-Ramai ulama menyusun hadis             

BAB 8
PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI
Nyatakan      faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan kerajaan  Melaka

-Kedudukan Melaka yang strategik.
-Wujud pentadbiran yang licin
-Mewujudkan jawatan laksamana  menjaga di
     Laut
-Mewujudkan jawatan syahbandar  menjaga di
     Pelabuhan
-Terdapat pelbagai   kemudahan  di pelabuhan  
-Wujud undang-undang di laut
                    -  Undang-undang Laut Melaka     
- Terdapat 84 bahasa di Melaka
 -Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca                          
 -Sistem timbang   diperkenalkan
            Menggunakan sistem tahil                  
            Menggunakan sistem bahara                       
            Alat timbangan  ialah dacing
-Cara perdagangan   sistem tukar barang  
-Cara lain ialah menggunakan   mata wang                                         

Jelaskan  penggunaan mata wang yang mendapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu Tradisional 

Mata wang timah  Melaka
-  Berbentuk bulat
- Tercatat nama sultan   

Mata wang timah Johor
-Berbentuk bulat
-Ada tulisan jawi
Mata wang timah Kedah
 - Untuk kegunaan tempatan
 - boleh dipatahkan 
 -Boleh digunakan secara berasingan

 Mata wang Emas Johor
-Digelar kupang
-Terdapatnama   sultan 
-Gelaran sultan Khalifatul Muslimin

Mata wang Emas  Kelantan
-  Dikenali sebagai kijang
- Terdapat gambar kijang pada mata  wang
    tersebut


Jelaskan tentang aktiviti percukaian yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melaka  

-Pedagang   berniaga di Melaka wajib  membayar
    cukai
-Cukai  import   telah ditetapkan oleh pemerintah
- Pedagang India /  Tanah Arab dikenakan cukai
     enam peratus  dari jumlah barang 
-Pedagang Jepun dan China  dikenakan cukai lima
    peratus dari jumlah barang    
-Orang asing menetap di Melaka dikenakan  cukai
-Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan
   cukai  tiga peratus
- Terdapat barangan dikecualikan cukai iaitu
     Beras / makanan
- Setelah cukai dibayar,   jual beli dapat
     dilaksanakan. 

Nyatakan pengaruh Islam dalam aspek ekonomi pada zaman Kesultanan  Melayu Melaka

-Amalan riba tidak dibenarkan
-Golongan  kaya diperintah membayar zakat
   harta
-Zakat akan disimpan oleh baitulmal
 -Baitulmal mengurus harta kerajaan
 -Harta kerajaan digunakan untuk kemajuan
    negara
 -Memberi bantuan kepada masyarakat  yang
    memerlukan
 -Golongan ceti dibenarkan memberikan
    pinjaman wang                                                                                                          



BAB 9
ZAMAN GELAP

Apakah maksud Zaman Gelap di Eropah

-Selepas jatuhnya tamadun Rom,  Eropah
   mengalami zaman mundur
-Eropah  merosot  dalam bidang Ilmu
    pengetahuan 
- Eropah  merosot  dalam Perdagangan  

Mengapakah zaman kemunduran di Eropah dikenali sebagai Zaman Gelap?

-Merosot  dalam bidang ilmu pengetahuan.
-Merosot dalam bidang perdagangan                  
-Keadaan politik tidak stabil
-Berlaku huru-hara               
-Muncul golongan baron ( tuan tanah).      
-Tuan tanah memberi perlindungan kepada
    petani
-Petani memberi khidmat kepada tuan tanah.                      
-Tuan tanah memberi khidmat kepada raja
-Raja memberi perlindungan kepada tuan tanah.       -Kegiatan ekonomi merosot
-Tumpuan dalam pertanian
-Kegiatan perdagangan tidak meluas 
-Perniagaan kecil-kecilan sahaja
-Perniagaan  secara tukar barang
-Penggunaan mata wang terhad

BAB 10
Undang-Undang Berhubung Tanah 

Jelaskan ciri-ciri peraturan tanah sebelum kedatangan British di Tanah Melayu 

-Tanah Sumber ekonomi orang Melayu     
-Tanah melambangkan status pembesar
-Tanah Boleh diwarisi kepada jenerasi
    kemudian
-Tanah menjadi milik orang yang menerokanya       
-Tiada rekod pemilikan
-Kadar cukai ditentukan oleh pembesar


Jelaskan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu

-British membahagi tanah mengikut kegunaan
                    Tanah Ladang 
                    Tanah  Perlombongan  
                               
-Mempunyai rekod bertulis
-Memperkenalkan Undang-undang tanah Sistem
    Barat  
- Untuk mengutip hasil hutan perlu memohon   di
    Pejabat  tanah                                           
 -Untuk mengusahakan sesuatu kawasan perlu
    memohon di pejabat tanah    
                                                 
-Memperkenalkan AktaTanah Simpanan Melayu         
      -Untuk menjamin masa depan ekonomi Melayu
      -Untuk mengelak   tanah orang Melayu berpindah
           pada bukan Melayu
      -Kebanyakanya kawasan ATSM  tidak subur
      -Ada yang subur tetapi keluasan kecil          
     -Melindungi kepentingan ekonomi British

Land Order di Sarawak 
    Melindungi  tanah peribumi daripada dicerobohi
           pengusaha  China        
      Tanah boleh dipindah milik hanya melalui
             pewarisan
       Untuk mengelakkan tanah dijual kepada orang
          luar   
      
Land Sattlement Order di Sarawak
      Untuk melindungi   tanah peribumi di Sarawak

Perbandaran

Nyatakan  perkembangan bandar-bandar baru di negara kita pada abad ke-19                                                                        
Kemunculan bandar
   -Berlaku di kawasan  kaya  sumber semula jadi.
   -Berlaku di kawasan   kegiatan ekonomi
        penjajah.
   -Muncul  kerana kemajuan sistem
        pengangkutan jalan raya / kereta api   
                  * Contohnya Kuala Lumpur.
    -Muncul  kerana  kemajuan  pertanian
        komersial
                   *Contohnya Kuching                          
    -Muncul kerana peningkatan pengeluaran bijih
         timah   
                *Contoh  Pelabuhan Klang / Melaka 
    -Muncul  kerana  kegiatan perlombongan bijih
         timah 
                *Contoh Kuala Lumpur/   Seremban
Fungsi bandar     
      -Menjadi pusat pentadbiran
     -Menjadi  pusat perniagaan
     -Dilengkapi dengan  kemudahan infrastruktur
          yang baik.                    
                  *Contohnya Jalan raya / bekalan air
                      bersih                    
     -Bandar  baru  dihuni oleh masyarakat Cina.          


Perkhidmatan Kesihatan

Nyatakan faktor-faktor perkhidmatan kesihatan diperlukan pada masa penjajahan British di Tanah Melayu

-Keperluas asas yang mendesak. 
-Kemasukan  ramai buruh asing 
- Kepadatan penduduk yang tinggi 
-Bekalan air bersih tidak mencukupi.
-Penyakit berjangkit merebak

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan British untuk mengawal wabak penyakit di Tanah Melayu

-Menubuhkan Hospital           
-Hospital terawal dibina   Kuala Lumpur /di
    Taiping
-Hospital dibina di Tanjung Malim  
-Hospital di bina di Sabah  di daerah Kota
   Kinabalu  

-Menubuhkan pusat perubatan
 -Pusat perubatan dibina di Perak  dan Kuala
       Lumpur
 -Dibina di Sarawak iaitu di Kuching  
    
 -Menubuhkan pusat kesihatan      
 -Pusat kesihatan kecil di bina dinegeri-negeri
      lain  
       
Usaha mengawal penyakit  diilakukan melalui penyelidikan 
 -Didirikan Institut Penyelidikan Perubatan
      di Kuala Lumpur                
 -Peranannya  mengkaji punca penyakit 
 -Mengenalpasti  langkah-langkah pencegahan 



 -Usaha menjaga kebersihan dan
    kesihatan bandar          
 -Penubuhan   Sanitary Board
 - Untuk menjaga kebersihan   Kuala  Lumpur
                                                       

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6